Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Tuesday, December 29, 2009

Tips Elak Laptop Dicuri!



Lagi beberapa minggu, cuti akan berakhir. So pada pemilik laptop sila ikut panduan ni untuk elak laptop korang dicuri sebelum, semasa atau selepas perjalanan jauh! Kengkadang sakit mata gk tgk budak kolej bawak beg laptop. Senang2 je tunjuk laptop. Orang lain pun ada laptop gk. Tapi bila dah hilang baru korang nak nyesal.
  • Apabila mengembara, elakkan menggunakan beg bimbit yang dilengkapi logo jenama laptop terbabit. Aku pun guna travel beg yang lebih selesa dan ber’span’ tebal. Best sbb bagus untuk keselesaan bahu dan belakang, lagipun notebook korang lebih terjamin keselamatannya sbb takde sapa pun tahu laptop dalam beg tu. Ataupun korang boleh mendapatkan ‘fail notebook’ yang berkusyen tebal dan saiz muat2 dengan laptop korang. Kemudian masukkan sahaja dalam beg sandang korang. Janji jangan beg laptop!
  • Jika korang menempah bilik hotel atau rumah tumpangan, jangan sesekali meninggalkan laptop korang semasa korang keluar. Mungkin tukang cuci dapat mengambil laptop korang sbb kunci pendua bilik korang berada di tangannya. Sebelum aku tahu tips ni, pernah sekali aku tinggal laptop atas meja kerja dalam bilik hotel. Nasib baik tak hilang. Mungkin dah larut malam, jadi tiada room service pada masa tu.
  • Tanggalkan bateri laptop dari tempatnya supaya alat pengesan bateri yang sering digunakan oleh pencuri tidak dapat mengesan laptop korang. Aku pn dah lama wat gini sbb nk naik bus dari melaka ke perlis atau sebaliknya. Setakat ini takde perkara buruk berlaku.
  • Amat perlu bagi pengguna laptop membeli kabel berkunci. Walaupun laptop tersebut berada di rumah, korang masih perlu menguncinya supaya pencuri akan berfikir dua kali apabila melihat laptop korang yang berkunci. Walaupun pencuri masih dapat memotong kabel tersebut, tp still dapat membantu utk melengahkan pencuri apabila korang meninggalkan laptop korang untuk ke tandas apabila berada di pejabat atau kawasan asrama.
  • Buat tanda atau label pada laptop korang. Sekarang ini makin ramai yang kreatif dengan melekatkan sticker dan menghasilkan ‘hasil seni’ diorang pada permukaan laptop diorang. Salah satu cara paling efektif adalah dengan membuat ukiran kekal.
  • Jika anda membawa laptop di dalam kereta, pastikan laptop korang berkunci dengan beg laptop. Seterusnya kuncikan beg tersebut pada kerusi kereta agar dapat melambatkan tindakan pencuri tersebut. Kalu boleh, lindungi laptop korang dari dilihat.
  • Jika korang menggunakan beg laptop (amat tidak digalakkan), sentiasa pastikan pemegang beg tersebut berada di dalam genggaman korang. (lebih baik bergari, hehe). Kadangkala pencuri akan mengambil peluang dari kealpaan korang semasa bercakap di telefon awam atau di kaunter. Suruh rakan korang memerhatikan beg laptop korang.



P/s: Ada kes laptop di kaki hilang masa tgh guna public phone. Macam2 hal a!



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

6 BUZZ!!!:

Eyriqazz said...

tips yg bagus..kena cuba ni bila bawa laptop pi jln2 ni

http://eyriqazz.blogspot.com/

cybernetic88 said...

ouh nice tips. hee. ske sngt. haha. aku pnh kete aku pecah sbb org nk curi laptop aku. damn. nasib alarm bunyi. huhu. btw tq =)

Farhana said...

Wah.. Thanx2.. Aku paling takot laptop kene curik.. Even laptop aku cikai2 jek.. Hehehe.. ;)

~ aku suke laa quote tang killing me softly tu.. hehe..

F I T said...

@Eyriqazz yupp..tips ni dari pengalaman sendiri dan majalah2..heh!

@cybernatic88 ok je..woo bahaya tu kalu dah pecah keta..bagus a takde jadi apa2..kena jaga2 a lpas ni..

F I T said...

@Farhana heh laptop cikai pun dah macam nyawa sndiri ja..bukan sng nk ada laptop sendiri skang ni..tambah2 student.. tu kena jaga betul2 tu..

haha suka ke?ayat copy lirik lagu ja..

cik erin said...

kereta abg sy penah kena pecah, laptop kawan dia jadi mangsa.
rasanya pencuri tu dapat detect sebab bateri lupa bukak.
cikgu sy ckp bukak bateri bulat. yeke?
tak ngerti.

Post a Comment