Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Thursday, December 31, 2009

Stress? Tertekan? Sakit Kepala? Chill la beb!


  • Berfikiran negatif adalah lumrah. Oleh itu belajar berfikir secara lebih positif mengenai diri korang, akan membantu mengurangkan tekanan dihadapi. Ingat, ketika stress hanya ada dua perkara sahaja perlu difikirkan iaitu masalah dan penyelesainnya. Hanya fikir dua itu sahaja. Tak perlu serabut memikirkan perkara-perkara lain!
  • Luahkan apa yang korang rasa. Mungkin dengan berbuat demikian, orang lain akan cuba membaca fikiran dan kemudian membuat keputusan untuk korang. Mengurangkan masalah dan konflik yang dialami akan mengurangkan tekanan yang menjadi punca ledakan kemarahan. Apa guna kawan kalu diorang tak bantu korang.
  • Lakukan apa yang boleh buatkan korang selesa. mungkin inilah masa yang sesuai untuk memanjakan diri korang dengan keninginan yang sudah lama korang pendamkan. Apapun shopping berpada-pada k. Jgn ikut nafsu amarah sangat.
  • Bersikap realistik boleh mengurangkan tekanan. Jika korang mempunyai harapan yang tidak realistik terhadap sesuatu keadaan, ia menjadikan korang kecewa apabila apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Jika korang menerima hakikat tidak semua perkara sempurna, ia membantu korang menangani tekanan dengan lebih baik.
  • Usah hindari masalah tetapi tumpukan kepada penyelesaiannya. Ertinya, jika korang berfikir hanya tentang masalah yang wujud dan tidak berbuat apa-apa, keadaan akan menjadi buruk.
  • Urus masa secara berkesan bukan bererti mengurus kerjaya dan rumah tangga. Ia termasuk memberi masa untuk bergaul dengan rakan, hobi atau istirehat. Buat jadual untuk melihat bagaimana korang mengurus masa.
  • Keupayaan korang menghadapi tekanan juga bergantung kepada tahap kesihatan. Makanlah pelbagai jenis makanan setiap hari, kurangkan pengambilan garam dan gula di samping hindari lemak serta alkohol.
  • Sengal dan sakit otot tanda utama yang korang mengalami ketegangan. Senaman yang tetap dan berterusan merupakan satu cara melegakan sakit otot.
  • Sentiasa berhubung dengan kengkawan korang ketika berdukacita. Ketika menghadapi krisis, kehadiran kengkawan akan mengurangkan penderitaan dan memberi kelegaan.





P/s: bila stress, aku dgr lagu kuat2 takpun ride moto jauh2... supaya masalah tu tak timbul dlm otak ni! time tu pk lagu atau jalan kat depan ja. rokok?? tak macho a.. I'll never spend my money for death!



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

2 BUZZ!!!:

kenwooi said...

it's good to express emotional feelings to someone.. somehow it'll make us feel better =)

kenwooi.com

F I T said...

@kenwooi ya it's true.. but sometimes i can get angry too fast if i stress.. need to hear mp3 or do whatever i like to calm me down! thanks ya for coming here. happy nu year!

Post a Comment