_
*Rasa nak tepuk dahi je bila baca balik blog ni. Adeh..*
Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM
-admin

Wednesday, December 30, 2009

Tips JIMAT WANG 1

Saya ada duit lebih.. korang ada tak? hihihi!


Korang tau camna syarikat2 makanan dan produk dapat untung berjuta2 ringgit setahun?

Salah satunya sbb diorang jual paket kecik dgn harga yg mahal (bagi korang memang murah sbb saiz kecik).. tak caya?? cuba korang bandingkan 2 paket milo kecik tu dgn paket yg besar..mana lagi murah?? mesti a paket besar yg murah..

so tu je rahsianya diorang nak untung..dan rahsia ni a yg wat orang kaya jadi kaya... diorang pandai berjimat... orang kaya akan beli barang secara banyak dan borong.. memang untuk jangka pendek nampak mahal.. tapi cuba pikir untuk jangka panjang... korang leh jimat beratus-ratus ringgit..

kita sbg pengguna jangka pendek ja tak untung.. jgn ingat beli yg saiz kecik tu bleh jimat..kalu ada potongan harga untuk pek kecik atau tambah kandungan dalam pek kecik syarikat yg berkaitan still untung byk..








P/s: Gals suka beli banyak barang tapi murah, fellas lak suka beli barang skit je tapi mahal dan tahan lama.. Mana lagi bijak a? haha! Semestinya, lelaki a bijak!



Tuesday, December 22, 2009

Siapa kata kerja kampung tak lumayan?

Ini kerja yg aku wat bila nak wit..dan bila rajin kot..haha! Memang dasar si pemalas yang suka membina perut!

Yup aku duk kampung tapi takde a terlalu mundur. actually umah aku memang dikelilingi dengan pokok kelapa.. memang byk.. dan aku tak panggil tu pokok kelapa..tu pokok duit k..sekali buah jatuh kira macam duit gugur dari langit a.. heh!

takde lak aku nk guna beruk atau spesies yang sewaktu dengannya untuk petik kelapa kat pokok...so tunggu kelapa gugur a.. bila dah banyak kelapa jatuh kena kutip.. kalu lambat kutip kang kelapa tu kuar akar dan daun pastu bercambah jadi pokok kelapa kt situ!


bila dh kutip semuanya, pe lagi? kupas la.. aku tak guna gunting panjang yg jenis cucuk ke bawah tu... aku guna mata pacak camni.. amacam? ada bran??hehe aku dah mula guna senjata tajam ni sejak darjah 5.. memang bahaya.. tapi bila dah besa, ok a.. alah bisa tegal biasa! dulu time sek ren duit tu suma aku wat beli walkman canggih2 dan kaset..heh gila muzik punya pasal..


dalam sehari aku dapat kupas 100biji..sebiji skang 50sen..harga tak tetap k..ni harga minimum..kengkadang leh naik sampai 80sen sebiji.. time raya bleh capat seringgit sebiji..ni harga kupas..kalu tak kupas potong kurang seposen ja.. jadi skang ni kalu seratus biji dah dapat RM50.. kira ok la untuk kuruskan badan ni..duit pn dapat, perut pun turun haha!



pergh byk dh duit aku dapat... ini termasuk income2 aku yg lain... pg tadi nk simpan dalam ASB tapi diorang dah tutup urusan untuk kemaskini bonus... Jan 4, 2010 baru diorang buka urusan perbankan..

korang perasan tak duit kertas seringgit pertama tu salah cetak.. lari skit gambar dia.. sayang lak nk guna duit seringgit rosak ni.. bukan senang nk dapat!


P/s: skang ni byk cara nk cari duit..kena kreatif dan tak malu belajar! Menganggur tak semesti takde duit k. haha!



Sunday, December 20, 2009

flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3,

Pernah tak korang ada 'urgent case' kat Langkawi, dan tiba-tiba kena bergegas ke KLIA. Dan masa nak ke KLIA tu, apa yang terbentang di hadapan korang adalah situasi yang amat-amatlah menyesakkan mata memandang. Aduh! Pening kepala!


Ok dah habis kes jalanraya sesak! Dalam sesak-sesak tu, habis gak 2-3 jam atas jalanraya.

Dah sampai kat KLIA. Perghh tiba-tiba datang lagi pening kepala sebab satu hal lagi nak cari tempat letak kereta. Dah lah tengah kejar masa nak dapatkan penerbangan paling awal.

Bencana, bencana! Habis dah setengah jam semata-mata nak cari tempat letak kereta.



Fuhh! Nak cari tempat letak kereta pun susah mengalahkan nak cari jarum kat padang bola. Lepas tu, bila dah letak kereta, kurang sikit pening kepala. Alih-alih, bila masuk je nak beli tiket kapal terbang, terhidang satu pemandangan yang agak menyesakkan paru-paru yang memang tengah sesak ni.

Arghhh!!! Ramai gila. Korang nak tengok konsert ke hah?



Sejak hari itu, sah-sah aku dah malas nak hadapi semua tu. Cukuplah sekali aku menempuh pengalaman yang betul-betul menyesakkan kepala dan paru-paru ni.

Eh, tapi baru-baru ni Malaysia Airlines System (MAS) memperkenalkan aplikasi sistem kaunter untuk pengguna telefon bimbit. Memang sangat mudah. Tak perlu lagi terkejar-kejar menempuh jalan raya yang sesak, mencari tempat letak kereta yang juga sesak serta beratur di belakang puluhan manusia untuk beli tiket. Sangat sakit kepala! Percaya atau tidak, semua urusan kaunter kini boleh dilakukan hanya melalui telefon bimbit korang!

Caranya mudah saja. Apa yang korang perlu buat hanyalah gunakan pelayar web telefon bimbit korang dan taip flymas.mobi. Terdapat pelbagai menu khidmat pelanggan yang dapat membantu korang dalam banyak perkara serta memendekkan masa untuk sesuatu urusan di kaunter tiket!


Tak faham Bahasa Inggeris? Jangan risau! Ada dua bahasa yang disediakan; Bahasa Melayu dan Inggeris. Jadi, orang kampung pun boleh terbang bersama MAS!

Fungsi-fungsi yang disediakan dalam aplikasi flymas.mobi adalah:

  • Tempahan Penerbangan - tempah penerbangan ke mana-mana destinasi sama ada tiket pergi sahaja atau termasuk tiket pulang untuk mana-mana hari. Tetapan untuk kelas penerbangan dan bilangan penumpang juga ada untuk memudahkan urusan korang!
  • Tempahan Saya - periksa status dan laporan tempahan korang. Hanya masukkan 5 nombor digit tempahan dan nama akhir korang untuk periksa. Mudah bukan?
  • Daftar Masuk - bayar tempahan ada melalui kad kredit. E-Ticket yang korang dapat dari e-mail korang juga boleh dibayar melalui fungsi ini. Kalu korang nak tau E-Ticket ni korang dapat bila korang dah tempah tiket secara 'mobile booking'. E-Ticket akan dihantar ke e-mail dan sms kepada korang. Apa yg korang dapat tu, tu la electronic ticket (E-Ticket)! Canggihkan zaman sekarang!
  • Status Penerbangan - periksa status penerbangan sama ada sudah berlepas, sudah tiba atau masih dalam penerbangan. Hanya masukkan tarikh penerbangan, destinasi serta lokasi berlepas untuk mendapatkan maklumat penerbangan yang korang perlukan. Oh ya! Jika korang ada nombor pesawat yang berkaitan, hanya masukkan nombor pesawat yang korang ada untuk mengetahui jadual penerbangan pesawat tersebut!
  • Jadual Penerbangan - ingin mengetahui bilakah terdapat penerbangan ke destinasi korang? Gunakan fungsi Jadual Penerbangan. Hanya masukkan lokasi berlepas, destinasi serta hari yang berkaitan untuk mengetahui masa pesawat yang disediakan untuk ke destinasi korang. Memang mudah!
  • Hubungi Kami - jika korang mempunyai sebarang masalah, gunakan fungsi Hubungi Kami. Hanya pilih negara korang untuk mendapatkan senarai penuh alamat pejabat MAS berhampiran anda! Mahu berhubung dengan segera? Tidak perlu risau! Nombor Talian Khidmat Pelanggan MAS juga ada disediakan. Dan ianya bebas cukai!
  • Pengesan Bagasi - Bagasi korang tiada? Hilang? Atau lambat sampai? Jangan bimbang! Kini korang boleh menjejaki lokasi bagasi korang melalui telefon bimbit. Hanya masukkan nombor rekod bagasi lewat dan nama akhir untuk menjejaki bagasi korang! Pihak MAS sentiasa mengambil berat tentang kehilangan beg anda!
  • Tawaran - Merancang percutian? Apa kata lihat dulu tawaran harga penerbangan yang disediakan MAS melalui fungsi Tawaran ini. Jika ia bertepatan dengan lokasi percutian korang, tempahlah secepat mungkin! Siapa tahu? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, MAS pun boleh berikan!
Untuk pengetahuan korang, sistem ini juga dilengkapi dengan perisian keselematan terkini serta mematuhi tahap keselamatan yang terbaru. Korang tak perlu risau lagi untuk melakukan transaksi wang melalui telefon bimbit korang. Yang pasti, sistem ini dijamin selamat untuk digunakan!

Jadi, dengan adanya aplikasi sistem kaunter tiket flymas.mobi ni, percutian tak lagi menjadi masalah. 'Urgent case' pun boleh jadi 'happy case'. Memang menjimatkan masa untuk berurusan. A'ah, masa yang dapat dijimatkan pun boleh digunakan untuk pergi 'shopping'!



Nak bercuti kat mana-mana tempat pun boleh saja sebab senang nak buat perancangan awal. Tau tak dalam merancang percutian, apa yang penting? Kerjasama! Peruntukan masa untuk perjalanan itu penting ok. Dengan flymas.mobi, ia banyak membantu dalam merancang masa dan tiada masalah lagi dengan hal-hal yang tidak sepatutnya menggangu kita!



Tak perlu dinafikan lagi! Flymas.mobi memang memudahkan kehidupan anda yang agak sibuk. Mungkin sibuk dengan kerja, keluarga atau macam-macam lagi. Yang penting, korang dapat terbang ke mana saja dengan MAS! Siapalah korang tanpa MAS, dan siapalah MAS tanpa korang! Terima Kasih MAS!


Oh dan satu lagi sebab kenapa memang berbaloi untuk korang guna penerbangan MAS ni. Heh!



Iklan komuniti Malaysia ini dibawakan khas untuk korang oleh FITRIHADI!



Saturday, December 19, 2009

Cara buang Blogger bar di bhgn atas blog?

Hi.. camna dgn fav icon korang utk tutorial yang sebelumnya?? dah boleh tukar?? kalu dah tukar, jom ikut tutorial yang seterusnya.. tutorial ni pn utk pengguna blogger.com...

bagaimana nak buang blogspot bar yg berada kt bahagian paling atas skali kt blog korang tu? contohnya cam dlm snapshot bawah ni...



caranya mudah saja... ada 3 step ja;

  • copy kod kat dalam kotak ni


  • pastu masuk DASHBOARD korang, tekan LAYOUT, pastu EDIT HTML... cari perkataan /* VARIABLE DEFINATION dalam template code korang.. selalunya perkatan tu ada kat bahagian atas sekali.. tgk contoh dalam gambar di bawah!


  • last skali korang paste a kod tu sebelum perkataan /* VARIABLE DEFINATION tu.. tolong alert tanda slash dan bintang tu ok... pastu klik a SAVE TEMPLATE..
dah siap..cuba tgk blog korang ada lagi ke tak blogger bar kt atas blog korang..


P/s: byk lagi tutorial yg digunakan dlm weblog ni nk share dgn korang.. hit me back! happy blogging!



Tukar favicon @ logo web/blog

hari ini ingat nk wat advertorial flymas.mobi tu tapi takde mood lagi..

hari maintenance blog skit..so nk share skit tutorial yg aku wat... utk sapa2 yg guna blogspot lah..yg guna tapak lain tu baca je la gk..

hari ini aku tukar fav icon aku...benda alah yg ada sebelah address tu..



sebenarnya benda ni dah lama aku apply kt weblog aku, tapi tak jadi sbb salah letak tempat utk kod tu.. nak tukar tu ada 4 step;

  • upload gambar pilihan korang (25x25pixel) kt photobucket, takpun mana2 la atau googling je mana2 favicon yg dh siap ada kt tenet ni.. untuk dapatkan link gambar tu
  • bila dh dapatkan link gambar tu..dan letakkan dalam ruang kosong kt kod favicon ni..
  • ok..dah letak link gambar tu kt ruang kosong tu kan.. ni step paling penting! yang step 1&2 pn penting gk..heh masuk DASHBOARD korang..pastu klik LAYOUT dan EDIT HTML, cari pkataan '/head' utk letakkan kod fav icon yg lengkap tu! nk sng click CTRL+F untuk buka aplikasi find word.. dan masukkan perkataan '/head'... contoh ada kat snapshot bawah ni..

  • bila dah jumpa, letak kod fav icon yg lengkap tu selepas perkataan (/head) tu... antara (/head) dan (body)... kalu korang letak sebelum (/head) memang takkan jadi fav icon korang yg gempak tu.. ini a yg tjadi kt aku sebelum ni..
  • last sekali klik SAVE TEMPLATE..
ok dah siap...nk tgk contoh leh tgk fav icon weblog ni..kalu nk cun guna format gif supaya takde background dan logo tu nampak terapung!


P/s: lpas ni nak share cara nk buang blogspot bar kt atas skali tu! stay tune!



Tuesday, December 15, 2009

Weblog Harga Kereta revealed!

dh nk masuk tahun 201o... ada lagi 15 hari lagi..

entry kali ini aku nk perkenalkan weblog harga kereta yg aku wat utk seluruh warga 1 Malaysia.. tujuan aku cuma nk mudahkan driver2 kt 1 Malaysia ni.. ni link harga kereta tu http://harga-kereta.blogspot.com..

demi memenuhi polisi capaian maklumat 3 klik*, aku wat weblog harga kereta tu supaya mudah driver2 nk refer harga kereta semasa tanpa susah payah buka paper, gi kedai2 kereta ataupun buka laman web kereta satu-satu untuk survey kereta.. lagipun sblum wujud weblog harga kereta tu, takde pn list harga kereta Malaysia di alam maya ni (maybe ada but not all cars are in the list).. so aku pn pk untuk wujudkan referance blog utk harga kereta di Malaysia!

disebabkan time tu aku cuma nk test market, jadi aku pun wujudkan identiti kedua; PAKUPAKIZ! bukan pe..kot a weblog ni takde sambutan kang wat malu je tonjolkan diri..


ini la PAKUPAKIZ kalu korang nk tau.. mesti korang tau sapa di sebalik glasses yg hi-tech tu..

dalam bulan Jun kot aku bina weblog ni..ambik masa sebulan gk untuk lengkapkan kesemua maklumat dan bahan..so skang ni aku jadi web master je update harga-harga kereta setiap bulan.. bahan2 suma dh lengkap..

dalam bulan pertama je aku tgk hits ke weblog harga kereta ni memang memberangsangkan.. skang ni kalu korang googling 'harga kereta' atau nama2 keta, mesti ada weblog harga kereta tu..walaupun bukan top rank, tapi still ada dlm google search tu..maybe bleh capai top rank tu dlm beberapa jangka masa yg panjang kalu takde aral melintang... yg leading automotive website kt Malaysia skang ni PAULTAN a.. otai kereta dh tu!


atas ni menunjukkan bilangan unique visitor yg masuk weblog harga kereta tu untuk bulan november... utk bulan2 yg lepas, unique visitor dlm sehari bleh dapat lebih kurang 100 lebih... tapi menjelang akhir tahun ni berkurang a...maybe tak ramai yg plan nk beli keta baru bila dh akhir tahun..masing2 nk bercuti dgn family..


lagi satu pencapaian membanggakan, visitor bukan saja datang dari Malaysia, tapi juga luar negara.. jadi, sapa2 nk letak iklan untuk negara2 luar leh a letak kat weblog harga kereta ni.. Klik je button CONTACT FIT!

apa yg korang leh wat kat weblog harga kereta ni?

  • refer harga kereta yg dijual secara rasmi di Malaysia yang dikemaskini setiap sebulan sekali.
  • survey dan pilih kereta-kereta yang korang nk beli melalui gambar-gambar yg disediakan bersama senarai harga kereta.
  • klu korang nk lebih informasi pasal kereta yg korang minat, masih ada link-link ke laman web kereta tempatan (kebanyakannya web Malaysia)
link ke weblog harga kereta tu ada di bawah banner (CAR'S PRICE)..bleh klik situ ok..

jadi apa kata korang bookmark weblog harga kereta tu atau follow je supaya nnti korang bleh refer pada masa depan, atau maybe kawan2 korang nk tau harga kereta semasa korang leh tunjuk weblog tu kt kawan korang..


*3 klik adalah tahap user friendly untuk capaian maklumat dlm web/blog korang (sumber dari IrfanKhairi.com)



Iklan komuniti Malaysia ini dibawakan khas untuk korang oleh FITRIHADI!


P/s: masih belajar untuk berblogging..



Monday, December 14, 2009

Thanks Nexcare Acne Patch! You Rock!

ptg ni aku cek email, ada berita yg agak surprise utk aku. wah aku menang contest lagi.. Alhamdulillah!



kali ini dari NEXCARE ACNE PATCH...contest ni kena antar gambar korang dgn masalah kulit korang..pastu wat ayat yg paling best ttg produk Nexcare ni.. kalu nk tgk result kt web Nexcare KLIK SINI


oh lupa nk cakap..nexcare ni ada kuarkan produk berupa NEXCARE ACNE PATCH. patch ni bleh surutkan jerawat korang lebih kurang dalam sehari dua.. lagipun patch ni kontra dgn kaler kulit korang.. jadi mesti kengkawan mahupun buah hati korang takkan perasan jerawat kt muka korang..

bayangkan kengkawan korang nampak jerawat tercacak kt hidung korang, mau kena cop seumur hidup jadi mamat sumbu ala badak sumbu a haha.. kalu buah hati korang camne? silap2 nk candle light dinner pn dia tak selera.. woo kes naya ni!

untuk contest ni aku antar gambar camni ja..

gambar terpaksa ditapis untuk menjaga sensitiviti kulit korang!

aku pn dah lupa ayat pe aku wat untuk hantar kt contest tu, tapi for sure memang ada sangkut paut dgn pengalaman aku kt universiti a..

aku menang complimentry je means consolation prize.. dapat Nexcare Product yg bernilai RM30..adiah maybe aku akan bagi kat cik Fara sbb kulit aku takde masalah kot.. lagipun pompuan kan suka jaga kulit diorang..kitorang laki2 pn jaga kulit gk..tapi takde la sampai guna banyak produk.. stakat krim pembersih je..nk bagi kulit muka tak berminyak..kang tak bersih muka, mau bergunung berapi kat muka tu..

erm kulit aku ni lain skit..jerawat tumbuh separuh jalan je, sok2 tgk dah takde.. selalu jerawat ni tumbuh kt batang hidung a..kt tmpt lain jarang la plak.. ada orang kata aku kena resdung..ye ke? aku tak rasa apa2 pn..

btw, tgk muka aku.. segar dari ladang kan.. thanks Nexcare Acne Patch.. ^o^
so kalu muka korang dah dihentam asteroid atau bergunung berapi tu bleh a cuba product NEXCARE ni ek..



Iklan komuniti Malaysia ini dibawakan khas untuk korang oleh FITRIHADI!


P/s: dulu masuk kedai chinese, diorang cakap chinese dgn aku.. adoi should i learn mandarin? sbb muka aku ni cam chinese je..



Friday, December 11, 2009

Tutorial; letak contact form dalam web/blog


apa yg aku nk share ni memang sangat berguna utk bloggies semua.. disebabkan fungsi blog hanya menyediakan function utk menghantar entry2 atau penulisan serta function utk comment, jadi utk menambahbaikkan fungsi blog mungkin terhad kecuali korang ada bantuan dari third party atau korang sendiri cipta widgetnya heh!

btw, aku ada widget yg nk dikongsi.. widget yg bleh bantu korang untuk rapatkan komunikasi dgn readers2 korang.. haa panjang aku celoteh tapi tak gitau pe lagi..


macam tajuk entry ni, aku nk kongsi pasal contact form..fungsi benda ni korang leh letak form tu dalam entry korang..nnti readers2 korang akan tulis dalam form tu dan terus submit ke e-mail korang.. kalu nk tgk contoh kt weblog aku, leh KLIK SINI atau klik je link CONTACT FIT kat bawah banner aku tu!

lagipun widget ni memang secure sbb ada word verification kot2 a ada android atau anasir-anasir yang sewaktu dgnnya!

so kalu nk guna widget tu, KLIK SINI nnti korang akan masuk webpage Kontactr tu..

tak susah pn nk dapatkan widget ni.. ada 3 langkah je; Register, get code dan paste in your web/blog...

masa dapat code tu, korang leh edit dia punya appearance colour..pandai2 la pilih yg seswai dgn theme web/blog korang!

utk bloggies cam aku ni, korang wat a satu entry untuk contact form ni..pastu letak code tu kat entry tu.. nnti wat a link terus ke entry yg ada contact form tu.. sng kan? cam pening je ayat aku

jgn lupa tick 'Don't allow comment' kat post option entry tu.. kang ada yg menggatal dok comment bawah form tu...

jadi tunggu pe lagi? hanya 3 langkah je.. wat a skarang.. mesti ramai yg nak ngorat PM* korang!


*Personal Message




P/s: yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan, yang rapat jangan nk menggatal!

P/s 2:weblog maintenace dah nk siap..huhu counting down to 2010! ^_^




Thursday, December 10, 2009

Hari matahari tegak atas Kaabah (qiblat)


Tahukah korang bila matahari tegak betul-betul kat atas Kaabah; qiblat umat Islam seluruh dunia?

mengikut JAKIM dan badan-badan yang sewaktu dengannya. matahari berada tegak di atas Kaabah pada tarikh:
  • 28 Mei
  • 16 Julai
Ianya berlaku setiap tahun..selang masa Jeddah dan Kuala Lumpur adalah 5 jam.. jadi waktu yg sesuai untuk menentukan kiblat pada hari-hari tersebut adalah pukul 5 petang waktu Malaysia,,

Kepada sesiapa yg nak betulkan qiblat korang leh tunggu hari-hari tersebut untuk mengetahui kiblat yang sebenar!






Wednesday, December 9, 2009

Penangan Cik Miera Leyana Kasmi


perghh hebat betul penangan cik Miera Leyana ni.. korang tgk a berapa byk hits datang ke blog aku hari ni kerana Cik Miera Leyana ni.. KLIK SINI untuk tgk entry yang aku tulis pasal dia..

aku dah expect cik Miera Leyana ni mesti akan famous satu hari nnti bila aku tgk dia berlakon dalam cita Luna Fantasiku dulu tu..

lagipun hari ni dalam harian metro, cik Miera Leyana ni jadi cover story untuk bahagian Rap.. hehe maybe sbb tu kot ramai yg search cik Miera Leyana Kasmi ni hari ni..thanks Harian Metro.. kalu ada job vacancy tu, offer2 a kt saya hehe!




P/s: ada gk yg search Miera Liyana.. salah k.. nama dia Miera LEYANA Kasmi.. bukan liyana..



Tuesday, December 8, 2009

Bila pemilik sawah padi ke Muzium Padi


semalam aku jalan2 cari padi..hehe yup saja nk bawak anak-anak buah aku yang datang dari langkawi pegi Muzium Padi, kt kedah.. aku rasa ramai yg jarang tgk sawah padi yg terbentang luas..kat perlis dan kedah ni luas je dgn sawah padi.. tu yg best..tenang je dgn benda2 ijau ni wlaupun bukan padang rumput yg menghijau cam kat luar negara tu.. hehe

ni a jalan nak gi Muzium Padi tu..di kelilingi sawah padi..depan Muzium Padi tu ada bukit yg tinggi gk.. yg keta biru tu keta kakak aku..aku drive keta abang aku so dia gi keja bawak van rusa a.. kitorang ambik masa sejam je nk sampai..takde a jauh sgt Muzium Padi ni dari umah aku kt Perlis..

ni a rupa Muzium Padi tu..dah macam UFO je.. time ni panas gk..adoi tak tahan a dok utara ni.. lagipun pemanasan global betul2 dah mempengaruhi suhu kat sini..tak tahan!!! skang ni aku dah jadi omputih je sbb slalu pakai baju putih.. haha

kalu korang nk tau Muzium Padi ni terletak sebelum sampai Alor Star kalu korang datang dari Perlis..kalu datang dari Alor Star so kna ikut jalan ke Perlis a baru jumpa.. Muzium ni bkn kat tepi jalan raya..tapi kena masuk jalan kampung dalam skit baru jumpa...maybe nk bagi korang rasa suasana kampung dan sawah baru ada feel nk masuk muzium ni! gi pn time weekday so orang tak ramai sgt.. ada yg datang dari johor, n jauh2 a kiranya.. takpe2..bukan selalu korang leh tgk padi dengan lebih dekat..paling dekat pn leh tgk beras n nasi je la..

Beberapa 'penunggu' di Muzium Padi antaranya bangau, kerbau, helang dan singa! erk..


nak masuk Muzium Padi ni kena beli tiket..aku tak beli tiket biasa sbb nk tangkap gambar.. so, beli la tiket camera..RM2 je..tak mahal pn..tiket lain pn lebih kurang 2 3 ringgit je..

kalu korang tangkap gambar tak kira la kamera DSLR ke Compact ke handphone ke tanpa ada tiket ni sah2 kena sound n denda dgn pak guard dan mak guard kt ctu.. nnti diorang cek a bila rajin.. kalu kena tangkap tu nasib korang la.. heh!




ok bila dah beli tiket, masuk je gate yg ada palang putar cam nak naik komuter tu, terus pak guard dan mak guard tu suh naik tingkat atas... ada benda best katanya.. apa yg best ntah la.. so kitorang pn masuk lah dalam gua yg kononnya ada stalactite dan stalagmite ni..

pergh terasa lak macam KL towerthon kena naik tangga pusing2 tu..haha!


ini la yg bestnya..best ke? heh sebenarnya tingkat atas tu ada platform berputar..korang leh duduk kat kusi sekeliling tu cam dalam wayang pastu platform tu berputar a macam KL tower a..(eh KL tower lagi)

pastu ada lukisan pemandangan kat dinding tu.. lukisan tu real view kt sekeliling bangunan tu..tapi yg peliknya mana datang lereng bukit tu..aku tgk ada satu bukit je kt Muzium Padi tu..apsal tak wat struktur bangunan tu je.. (pandai je komen..) apa pun ok gk.. setelah penat memandu, ada gk kerusi berkusyen ala2 wayang untuk merehatkan diri..

kt bawah ni ada beberapa gambar yg aku ambik dlm Muzium Padi tu.. tapi bukan semua benda la..takkan nk tunjuk semua.. korang datang a tgk sendiri..mesti byk benda yg korang tak pernah tgk seumur idup korang..


ini rumah padi..untuk simpan padi2 yg dah di proses.. dulu umah tok aku ada a..tapi skang dah takde..ye la..mana da dh org membanting tulang 4 kerat nk proses padi jadi beras..antar je ke kilang dah siap jadi beras..


(gambar kiri)ni a alat nk proses padi jadi beras zaman dolu2..kena pijak guna kaki..nama alat ni pe ntah.. tak ingat dh..ada sapa2 tau? yg sebelahnya tu macam2 ada..yg penting korang kena datang sendri a..terang kt sini pn bukan bleh paham sgt..
(gambar kanan) ini produk yg dibuat dari beras..mak aku selalu a pakai bedak sejuk ni..bedak ubat haji kopiah tu pun ada hehe!


ni aku bersama salah sorang anak buah aku..haha kalu sapa2 tgk aku time ni, mesti ingat ni anak aku..haha takpe2 nnti sampai masa ada a bau nasi minyak untuk korang..

aku teman budak tembam ni jalan2 pusing bangunan tu.. tgk kerbau gelak.. tengok katak gelak.. tgk pokok padi pn gelak..adoi bahagianya jadi budak2..langsung takde masalah..

napa aku pakai baju hitam? sbb perut aku nak lebih famous dari aku..aiyaa.. takpe..nnti aku nk menonjol balik lebih dari perut aku.. krim halia pn baru beli haha! panas2! baru cair lemak2 degil tu...


posisi gambar ni aku blaja dari Shizukana Studio..hehe akak ni pandai ambik gambar..ada feel bila tgk..cam khabir bhatia a..nk tau rahsianya? tiap2 gambar mesti ada 'guide' dia..cam gambar atas ni 'guide' dia garisan tangga tu a..mesti selari dgn posisi gambar.. huhu cun2..
*time ni nak balik dah... gate kt tingkat 2..so kena naik tangga untuk kuar..


gambar ni aku snap sebelum kitorang bertolak nk gi lunch.. aku suka gambar ni sbb subjek dia seimbang..bangunan ni nampak cantik..ada pokok hijau... ditambah lak dgn kehadiran keta honda city tu (leh cek kat weblog harga kereta) .. perghh..bak kata hassan; kawan utem aku dulu "Bapak! Smart Sial!"... haha jgn marah aa


pastu kitorang gerak gi Tesco Mergong lunch kt sana.. sjak baru dibina, ni a first time aku gi Tesco tu.. McDonald's takde la plak kat Tesco Mergong tu..adoi tak merasa lagi nk makan Properity Burger.. kt Teso Mergong tu ada KFC, UNO cafe, Big Apple, Pizza Hut dan beberapa kedai yg aku tak berapa nk ingat namanya..

apa2 pn aku order nasi goreng pataya je kt food court..tak selera a nk makan fast food..dh a kena drive.. kang perut memulas atas keta padan muka sendiri..


on the way nk balik Perlis, kitorang singgah kt sebuah masjid ni.. masjid ni bukan nama masjid fitra studio cam dalam gambar atas tu k.. tulisan tu watermark je.. heh! so lepas smyg tu aku lepak dlm keta baca paper..

dah abis boring sgt aku snap gambar.. ingat nk snap gambar bangunan masjid ni.. pastu aku tgk matahari betul2 kt puncak menara masjid tu.. woo subjek bagus ni.. so tu la hasilnya.. ada macam khabir bhatia tak??hahaha nur kasih wannabe!





P/s: pelik bila pemilik sawah padi gi Muzium Padi.. haha! nampak sangat dok kutip wit ja.. pegi tgk sawah sendiri malas..

P/s 2: sebenarnya tujuan gi Muzium Padi bukan nk tgk padi.. nk jalan2 je.. yg penting dapat kuar dari rumah.. heh.. Perlis manada wayang.. sbb tu la bosan skit.. adoii..




Friday, December 4, 2009

Miera Leyana; dari fantasi ke realiti!

hari ni aku tgk cita 'Kamelia Katrina' tu.. dah lama dah cita ni..just malam ni berpeluang nk tgk sbb aku conquer remote control Astro haha

btw ada la sorang girl yg dh lama aku knal ni berlakon..bukan kenal betul2..just tau a pasal dia ni sejak dari lakonan pertama dia.. heh



ni la girl yang aku cakap tu (mesti korang tgh ternganga skang)... masa mula2 aku tgk dia masa dia berlakon cita [... READ MORE]