Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Tuesday, December 8, 2009

Bila pemilik sawah padi ke Muzium Padi


semalam aku jalan2 cari padi..hehe yup saja nk bawak anak-anak buah aku yang datang dari langkawi pegi Muzium Padi, kt kedah.. aku rasa ramai yg jarang tgk sawah padi yg terbentang luas..kat perlis dan kedah ni luas je dgn sawah padi.. tu yg best..tenang je dgn benda2 ijau ni wlaupun bukan padang rumput yg menghijau cam kat luar negara tu.. hehe

ni a jalan nak gi Muzium Padi tu..di kelilingi sawah padi..depan Muzium Padi tu ada bukit yg tinggi gk.. yg keta biru tu keta kakak aku..aku drive keta abang aku so dia gi keja bawak van rusa a.. kitorang ambik masa sejam je nk sampai..takde a jauh sgt Muzium Padi ni dari umah aku kt Perlis..

ni a rupa Muzium Padi tu..dah macam UFO je.. time ni panas gk..adoi tak tahan a dok utara ni.. lagipun pemanasan global betul2 dah mempengaruhi suhu kat sini..tak tahan!!! skang ni aku dah jadi omputih je sbb slalu pakai baju putih.. haha

kalu korang nk tau Muzium Padi ni terletak sebelum sampai Alor Star kalu korang datang dari Perlis..kalu datang dari Alor Star so kna ikut jalan ke Perlis a baru jumpa.. Muzium ni bkn kat tepi jalan raya..tapi kena masuk jalan kampung dalam skit baru jumpa...maybe nk bagi korang rasa suasana kampung dan sawah baru ada feel nk masuk muzium ni! gi pn time weekday so orang tak ramai sgt.. ada yg datang dari johor, n jauh2 a kiranya.. takpe2..bukan selalu korang leh tgk padi dengan lebih dekat..paling dekat pn leh tgk beras n nasi je la..

Beberapa 'penunggu' di Muzium Padi antaranya bangau, kerbau, helang dan singa! erk..


nak masuk Muzium Padi ni kena beli tiket..aku tak beli tiket biasa sbb nk tangkap gambar.. so, beli la tiket camera..RM2 je..tak mahal pn..tiket lain pn lebih kurang 2 3 ringgit je..

kalu korang tangkap gambar tak kira la kamera DSLR ke Compact ke handphone ke tanpa ada tiket ni sah2 kena sound n denda dgn pak guard dan mak guard kt ctu.. nnti diorang cek a bila rajin.. kalu kena tangkap tu nasib korang la.. heh!




ok bila dah beli tiket, masuk je gate yg ada palang putar cam nak naik komuter tu, terus pak guard dan mak guard tu suh naik tingkat atas... ada benda best katanya.. apa yg best ntah la.. so kitorang pn masuk lah dalam gua yg kononnya ada stalactite dan stalagmite ni..

pergh terasa lak macam KL towerthon kena naik tangga pusing2 tu..haha!


ini la yg bestnya..best ke? heh sebenarnya tingkat atas tu ada platform berputar..korang leh duduk kat kusi sekeliling tu cam dalam wayang pastu platform tu berputar a macam KL tower a..(eh KL tower lagi)

pastu ada lukisan pemandangan kat dinding tu.. lukisan tu real view kt sekeliling bangunan tu..tapi yg peliknya mana datang lereng bukit tu..aku tgk ada satu bukit je kt Muzium Padi tu..apsal tak wat struktur bangunan tu je.. (pandai je komen..) apa pun ok gk.. setelah penat memandu, ada gk kerusi berkusyen ala2 wayang untuk merehatkan diri..

kt bawah ni ada beberapa gambar yg aku ambik dlm Muzium Padi tu.. tapi bukan semua benda la..takkan nk tunjuk semua.. korang datang a tgk sendiri..mesti byk benda yg korang tak pernah tgk seumur idup korang..


ini rumah padi..untuk simpan padi2 yg dah di proses.. dulu umah tok aku ada a..tapi skang dah takde..ye la..mana da dh org membanting tulang 4 kerat nk proses padi jadi beras..antar je ke kilang dah siap jadi beras..


(gambar kiri)ni a alat nk proses padi jadi beras zaman dolu2..kena pijak guna kaki..nama alat ni pe ntah.. tak ingat dh..ada sapa2 tau? yg sebelahnya tu macam2 ada..yg penting korang kena datang sendri a..terang kt sini pn bukan bleh paham sgt..
(gambar kanan) ini produk yg dibuat dari beras..mak aku selalu a pakai bedak sejuk ni..bedak ubat haji kopiah tu pun ada hehe!


ni aku bersama salah sorang anak buah aku..haha kalu sapa2 tgk aku time ni, mesti ingat ni anak aku..haha takpe2 nnti sampai masa ada a bau nasi minyak untuk korang..

aku teman budak tembam ni jalan2 pusing bangunan tu.. tgk kerbau gelak.. tengok katak gelak.. tgk pokok padi pn gelak..adoi bahagianya jadi budak2..langsung takde masalah..

napa aku pakai baju hitam? sbb perut aku nak lebih famous dari aku..aiyaa.. takpe..nnti aku nk menonjol balik lebih dari perut aku.. krim halia pn baru beli haha! panas2! baru cair lemak2 degil tu...


posisi gambar ni aku blaja dari Shizukana Studio..hehe akak ni pandai ambik gambar..ada feel bila tgk..cam khabir bhatia a..nk tau rahsianya? tiap2 gambar mesti ada 'guide' dia..cam gambar atas ni 'guide' dia garisan tangga tu a..mesti selari dgn posisi gambar.. huhu cun2..
*time ni nak balik dah... gate kt tingkat 2..so kena naik tangga untuk kuar..


gambar ni aku snap sebelum kitorang bertolak nk gi lunch.. aku suka gambar ni sbb subjek dia seimbang..bangunan ni nampak cantik..ada pokok hijau... ditambah lak dgn kehadiran keta honda city tu (leh cek kat weblog harga kereta) .. perghh..bak kata hassan; kawan utem aku dulu "Bapak! Smart Sial!"... haha jgn marah aa


pastu kitorang gerak gi Tesco Mergong lunch kt sana.. sjak baru dibina, ni a first time aku gi Tesco tu.. McDonald's takde la plak kat Tesco Mergong tu..adoi tak merasa lagi nk makan Properity Burger.. kt Teso Mergong tu ada KFC, UNO cafe, Big Apple, Pizza Hut dan beberapa kedai yg aku tak berapa nk ingat namanya..

apa2 pn aku order nasi goreng pataya je kt food court..tak selera a nk makan fast food..dh a kena drive.. kang perut memulas atas keta padan muka sendiri..


on the way nk balik Perlis, kitorang singgah kt sebuah masjid ni.. masjid ni bukan nama masjid fitra studio cam dalam gambar atas tu k.. tulisan tu watermark je.. heh! so lepas smyg tu aku lepak dlm keta baca paper..

dah abis boring sgt aku snap gambar.. ingat nk snap gambar bangunan masjid ni.. pastu aku tgk matahari betul2 kt puncak menara masjid tu.. woo subjek bagus ni.. so tu la hasilnya.. ada macam khabir bhatia tak??hahaha nur kasih wannabe!





P/s: pelik bila pemilik sawah padi gi Muzium Padi.. haha! nampak sangat dok kutip wit ja.. pegi tgk sawah sendiri malas..

P/s 2: sebenarnya tujuan gi Muzium Padi bukan nk tgk padi.. nk jalan2 je.. yg penting dapat kuar dari rumah.. heh.. Perlis manada wayang.. sbb tu la bosan skit.. adoii..




[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

1 BUZZ!!!:

wanny said...

ai sya pon pnah g juga muzium padi,dah 2 kali dh....asl x tangkap gambar masa kat atas 2???he2cntik aap pemandangan kat situ

Post a Comment