Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Tuesday, December 22, 2009

Cari duit dengan kamera digital??


Siapa kata kalu ada kamera digital takleh cari wit??walaupun takleh letak harga beribu macam guna DSLR camera tapi stil leh dapat ratus2..cas RM100-200 dah a..janji dapat kan..hehe

Kat sini aku nak share skit camna nak guna camera digital korang untuk dapatkan wit poket. Ingat takde orang nak ke? zaman skang ni ramai yg nak jimat. so guna khidmat jurukamera digital lagi jimat dari guna jurukamera DSLR!

Apa yang korang perlu ada hanyalah Kamera Digital, Kad Perniagaan (promotion itu penting), laptop (untuk copy gambar ke CD, pendrive), serta pencetak mudah alih jika ada (lagi bagus!).

Antara kerja-kerja yg bleh korang buat ialah:

  • Fotografi Bayi - pe kata korang tampal iklan korang kat papan iklan wad bersalin (dengan kebenaran nurse ok!).. mesti ramai ibu2 yang nk guna perkhidmatan korang.. pergi la hospital yg low class skit. tau2 je la kat situ byk ibu2 yang kurang berkemampuan.. lagi satu, snap kat umah k.. kat spital jangan harap lah! sah2 kena halau dgn nurse.
  • Konvokesyen - tak kisah lah universiti, kolej, sekolah atau tadika, korang tetap ada pasaran. pelanggan hanya nak berjimat ok. Juga sediakan perkhidmatan menyimpan gambar2 dalam format digital (CD, Pendrive) dan jual supaya mereka dapat melihat kembali dalam komputer masing-masing!
  • Pertandingan - tawarkan diri untuk mengambil gambar peserta. Para peserta tak mungkin memikirkan tentang mengambil gambar. jadi korang lah yang diharapkan diorang..Sediakan printer mudah alih agar anda dapat mencetak gambar tersebut sebelum acara tersebut tamat. Juga sediakan perkhidmatan menyimpan gambar2 dalam format digital (CD, Pendrive) dan jual pada harga yang menguntungkan!
  • Majlis Perkahwinan - bagi yang bakal menjadi raja dan ratu sehari, diorang pasti mahu mengabdikan pengalaman berharga diorang. jadi khidmat korang memang menepati kehendah diorang jika mereka tidak mampu mengupah jurukamera profesional.korang hanya belajar untuk mencipta album perkahwinan setaraf dengan jurukamera profesional dan korang hanya cas dlm anggaran RM500. utk pngetahuan korang, khidmat jurukamera pro, diorang akan mengenakan bayaran sehingga RM2000. mahal tu bagi yg tak mampu!
  • Tempat Menarik & bersejarah - tangkap gambar dimana anda rasakan ianya cantik. gunakan photo tersebut untuk dibuat poskad dan jual kepada pelancong. Semasa menjual, tawarkan diri anda untuk menangkap gambar pelancong tersebut di tempat2 tersebut! beri kad nama kepada pelancong tersebut, dan kirimkan gambar mereka melalui email meraka!
  • Jual gambar di internet - tangkap gambar objek2 yang mendapat permintaan tinggi dalam laman web di internet. Anda boleh menyertai laman web istockphoto atau depositphoto untuk mencuba nasib!

* lagi tinggi MP kamera korang lagi besar memory korang perlukan...
** gmbar guna DSLR camera cun bukan sbb MP dia besau tapi sbb lensa dia..ok?
*** kamera digital sama je dgn kamera DSLR! yg penting korang tau camna nk snap posisi objek serta lighting yang terbaik. tolong explore suma fungsi camera digital korang ye!





P/s: BEP - I Got a Feeling ^o^ | Lady Gaga - Paparazzi ^_^



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

6 BUZZ!!!:

xyncaholic said...

yup..
guna slogan aku nih..
asal barang jadi duet..
aku pon tak paham sgt pe maksud die..ahaks..

F I T said...

haha buat2 paham je la..kalu ada barang best mesti bleh wat duit punya..tu kot maksud dia.. heh!

Megat said...

info cun! jangan hanya kerana gajet tersebut tidak seperti orang lain (DSLR) maka tidak membawa apa-apa makna.

semuanya kawalan dari minda kita.

F I T said...

a'ah compact camera pn best pa.. sng nak bwk mana2..function pn makin sng ja..skang dah makin canggih a camera digital ni..

zella said...

skrg camera digital dh makin canggih.. asalkan cara amik gmbar n editing tu bagus.. sure org panggil..

F I T said...

a'ah betul tu..jenis kamera tak penting sgt skang ni..

Post a Comment