Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Sunday, December 20, 2009

flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3,

Pernah tak korang ada 'urgent case' kat Langkawi, dan tiba-tiba kena bergegas ke KLIA. Dan masa nak ke KLIA tu, apa yang terbentang di hadapan korang adalah situasi yang amat-amatlah menyesakkan mata memandang. Aduh! Pening kepala!


Ok dah habis kes jalanraya sesak! Dalam sesak-sesak tu, habis gak 2-3 jam atas jalanraya.

Dah sampai kat KLIA. Perghh tiba-tiba datang lagi pening kepala sebab satu hal lagi nak cari tempat letak kereta. Dah lah tengah kejar masa nak dapatkan penerbangan paling awal.

Bencana, bencana! Habis dah setengah jam semata-mata nak cari tempat letak kereta.



Fuhh! Nak cari tempat letak kereta pun susah mengalahkan nak cari jarum kat padang bola. Lepas tu, bila dah letak kereta, kurang sikit pening kepala. Alih-alih, bila masuk je nak beli tiket kapal terbang, terhidang satu pemandangan yang agak menyesakkan paru-paru yang memang tengah sesak ni.

Arghhh!!! Ramai gila. Korang nak tengok konsert ke hah?



Sejak hari itu, sah-sah aku dah malas nak hadapi semua tu. Cukuplah sekali aku menempuh pengalaman yang betul-betul menyesakkan kepala dan paru-paru ni.

Eh, tapi baru-baru ni Malaysia Airlines System (MAS) memperkenalkan aplikasi sistem kaunter untuk pengguna telefon bimbit. Memang sangat mudah. Tak perlu lagi terkejar-kejar menempuh jalan raya yang sesak, mencari tempat letak kereta yang juga sesak serta beratur di belakang puluhan manusia untuk beli tiket. Sangat sakit kepala! Percaya atau tidak, semua urusan kaunter kini boleh dilakukan hanya melalui telefon bimbit korang!

Caranya mudah saja. Apa yang korang perlu buat hanyalah gunakan pelayar web telefon bimbit korang dan taip flymas.mobi. Terdapat pelbagai menu khidmat pelanggan yang dapat membantu korang dalam banyak perkara serta memendekkan masa untuk sesuatu urusan di kaunter tiket!


Tak faham Bahasa Inggeris? Jangan risau! Ada dua bahasa yang disediakan; Bahasa Melayu dan Inggeris. Jadi, orang kampung pun boleh terbang bersama MAS!

Fungsi-fungsi yang disediakan dalam aplikasi flymas.mobi adalah:

  • Tempahan Penerbangan - tempah penerbangan ke mana-mana destinasi sama ada tiket pergi sahaja atau termasuk tiket pulang untuk mana-mana hari. Tetapan untuk kelas penerbangan dan bilangan penumpang juga ada untuk memudahkan urusan korang!
  • Tempahan Saya - periksa status dan laporan tempahan korang. Hanya masukkan 5 nombor digit tempahan dan nama akhir korang untuk periksa. Mudah bukan?
  • Daftar Masuk - bayar tempahan ada melalui kad kredit. E-Ticket yang korang dapat dari e-mail korang juga boleh dibayar melalui fungsi ini. Kalu korang nak tau E-Ticket ni korang dapat bila korang dah tempah tiket secara 'mobile booking'. E-Ticket akan dihantar ke e-mail dan sms kepada korang. Apa yg korang dapat tu, tu la electronic ticket (E-Ticket)! Canggihkan zaman sekarang!
  • Status Penerbangan - periksa status penerbangan sama ada sudah berlepas, sudah tiba atau masih dalam penerbangan. Hanya masukkan tarikh penerbangan, destinasi serta lokasi berlepas untuk mendapatkan maklumat penerbangan yang korang perlukan. Oh ya! Jika korang ada nombor pesawat yang berkaitan, hanya masukkan nombor pesawat yang korang ada untuk mengetahui jadual penerbangan pesawat tersebut!
  • Jadual Penerbangan - ingin mengetahui bilakah terdapat penerbangan ke destinasi korang? Gunakan fungsi Jadual Penerbangan. Hanya masukkan lokasi berlepas, destinasi serta hari yang berkaitan untuk mengetahui masa pesawat yang disediakan untuk ke destinasi korang. Memang mudah!
  • Hubungi Kami - jika korang mempunyai sebarang masalah, gunakan fungsi Hubungi Kami. Hanya pilih negara korang untuk mendapatkan senarai penuh alamat pejabat MAS berhampiran anda! Mahu berhubung dengan segera? Tidak perlu risau! Nombor Talian Khidmat Pelanggan MAS juga ada disediakan. Dan ianya bebas cukai!
  • Pengesan Bagasi - Bagasi korang tiada? Hilang? Atau lambat sampai? Jangan bimbang! Kini korang boleh menjejaki lokasi bagasi korang melalui telefon bimbit. Hanya masukkan nombor rekod bagasi lewat dan nama akhir untuk menjejaki bagasi korang! Pihak MAS sentiasa mengambil berat tentang kehilangan beg anda!
  • Tawaran - Merancang percutian? Apa kata lihat dulu tawaran harga penerbangan yang disediakan MAS melalui fungsi Tawaran ini. Jika ia bertepatan dengan lokasi percutian korang, tempahlah secepat mungkin! Siapa tahu? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, MAS pun boleh berikan!
Untuk pengetahuan korang, sistem ini juga dilengkapi dengan perisian keselematan terkini serta mematuhi tahap keselamatan yang terbaru. Korang tak perlu risau lagi untuk melakukan transaksi wang melalui telefon bimbit korang. Yang pasti, sistem ini dijamin selamat untuk digunakan!

Jadi, dengan adanya aplikasi sistem kaunter tiket flymas.mobi ni, percutian tak lagi menjadi masalah. 'Urgent case' pun boleh jadi 'happy case'. Memang menjimatkan masa untuk berurusan. A'ah, masa yang dapat dijimatkan pun boleh digunakan untuk pergi 'shopping'!



Nak bercuti kat mana-mana tempat pun boleh saja sebab senang nak buat perancangan awal. Tau tak dalam merancang percutian, apa yang penting? Kerjasama! Peruntukan masa untuk perjalanan itu penting ok. Dengan flymas.mobi, ia banyak membantu dalam merancang masa dan tiada masalah lagi dengan hal-hal yang tidak sepatutnya menggangu kita!



Tak perlu dinafikan lagi! Flymas.mobi memang memudahkan kehidupan anda yang agak sibuk. Mungkin sibuk dengan kerja, keluarga atau macam-macam lagi. Yang penting, korang dapat terbang ke mana saja dengan MAS! Siapalah korang tanpa MAS, dan siapalah MAS tanpa korang! Terima Kasih MAS!


Oh dan satu lagi sebab kenapa memang berbaloi untuk korang guna penerbangan MAS ni. Heh!



Iklan komuniti Malaysia ini dibawakan khas untuk korang oleh FITRIHADI!



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

51 BUZZ!!!:

intananash said...

wah..ini cretif..siap ade aweks cun lg.. :)

F I T said...

awek cun itu penting dalam pengiklanan.. kan2? hehe ^_^

Kancilbiru said...

tahniah di atas kemenangan anda...cayalah!~~

~ ReD ~ said...

tahniah!!!! (^_^)/

evelyn said...

congrats on your win!

The Pinky Berry said...

Congrats to u!

Angel said...

Hye.. Just found out you won.. Congratulations!

yanmie said...

congrats to u!

Eyriqazz said...

congratz fitri...ble bawak awek pi jalan...

Nikel Khor said...

congrat to u...

from Nikel Khor

Melz said...

piwitt..congratz fit ! hehe

salute kau satu kali !

sumijelly said...

wau...tahniah la...
memang kreatif....
sonokbila baca..
nampaknya, sumi kene belajar lagi la..menulis..hehehe

Khairi said...

tahniah!!

2 tiket tu. bleh bwk partner. takde patner kasi je kat aku hahaha.

ezzati said...

congrats!! :)

Rara said...

Congrate ;)))

Jard The Great said...

congratz... cehh... i'm so jeles!

5577 said...

congrats.. ! mmg menarik entry ni.. brilliant idea..

btw, i follow u..

Stefanie said...

Congratulation. :)
It's a cool post. You deserve to be one of the winner. :)

KambingBujang said...

congrate, nice idea and post

F I T said...

@Kancilbiru Thanks for the wish :)

@~ ReD ~ Thanks ya (^_^)v

@evelyn oh ok..thanks :)

@The Pinky Berry ok Thanks :D

@Angel oh welcome to my blog. Thanks for the wish!

@yanmie thanks ya :)

@Eyriqazz Thanks..eh manada awek a. nak bawak mak dulu. :)

@Nikel Khor ok thanks for the wish :)

@Melz pe piwit ni? segan lak. haha thanks for the wish :D

@sumijelly thanks sangat2..fit pn masih belajar lagi pasal advertorial ni.

@Khairi thanks! wah potong barisan nampak..hehe

@ezzati Thanks ya :D

@Rara hihi thanks for the wish! :)

@Jard The Great thanks eh. hehe cuba a lagi lepas ni.. ada la rezeki tu nanti..

@5577 thanks for visiting..hehe entry pertama yang berjaya selepas belajar cara wat advertorial dari Redmummy.com secara tak langsung. :)

@Stefanie haha tahnks ya for the wish! I'm still learning :)


P/s: thanks for all your wishes..I'm so grateful with this prize winning! Alhamdulillah :))))

Siti Salwa Hanim said...

caya sama lu..=)

F I T said...

@Siti Salwa Hanim hahaha :P

Lady of the Blog said...

Pewwwiittt...seronok tak dapat menang?Hohoho. I think you can change your name from shy guy to lucky guy from now on, mane tau dapat ong lebih ke next time(^_^). Tahniah!!

Terence said...

hello there!! thanks for dropping by my blog :) congratulations to you too!!! haha yay!! btw, although i would prob appreciate paying less for the airport tax, i really do wanna go to aussie! been planning it for almost a month now actually! :P have u collected the prize? i don't know how to o.O

EeSoon said...

nice post! Congratulation~~~

JAI said...

Tahniah bro atas kemenangan..memang daboommmmm

F I T said...

@Lady of the Blog thanks for the wish! hihi mesti la happy..bukan senang nak dapat adiah gini..bersyukur sgt2 sbb dapat rezeki lepas berusaha :D tanak a tukar nama.. 'shy guy' tu mahal oo.. hehe

@Terence hehe ya..i also wanna go to aussie with my mom..but ASEAN also ok la :D bout the ticket,this evening nuffnang called me to confirm the address..and they told me that the ticket will be mailing to the winner..so just wait lah..and make sure the address in your nuffnang profile is updated. happy winning :)

@EeSoon heh thanks ya :)

@JAI woo terkejut den..heh thanks bro!

^ ZuMaWaMBa ^ said...

patot r menang..
giler kreatif!!

\(^_^)/ CONGRATS~!!

F I T said...

@^ ZuMaWaMBa ^ ye ke?heh thanks :)

ejaa said...

tahniahh..

F I T said...

@ejaa thanks ya :)

joegrimjow said...

walaa
tahniah menang

F I T said...

@joegrimjow heh second place je..thanks for the wish bro ^_^

Maia said...

blog yg simple tp penuh dgn informasi.. keep up da good work.. congrats!

F I T said...

@Maia thanks for visiting. I'm glad that u like it. ^_^

zailamohamad said...

waaah, tahniah!! patutlah menang!! sungguh kreatif;)

taufulou said...

hahah..cool way to mention it but its true, nice way of writing it..
congrats on your winning~

F I T said...

@zailamohamad ye ke?thanks for the wish..heh takde la kreatif sangat..biasa2 je :D

@taufulou hehe I'm still learning to write an advertorial. it's just a regular writing. thanks for your wish, taufulou ^_^

++***hana zaty**++ said...

erkk...saye da ingat da!!~~hehee..tetibe plakkk aihh......

mari2 berjln2 ke bandung~~hehe

F I T said...

@++***hana zaty**++ hehe bandung ek? nnti nak plan dulu.. :)

DaHLia said...

Tahniah Bro!!!

Nak itot!!!!!

F I T said...

@DaHLia thank akak..nak itot? takleh a.. sbb dah dibooking oleh mak hehe

.Dd LaLa. said...

patut lah menang... kretip betul entry ni.

Suliana said...

hi!! salam kenal..tahniah dapt no 2!!singgah2 la ke blog saya plak ye..

F I T said...

@.Dd LaLa. heh ye ke? thanks for the wish. :D

@Suliana hi. salam kenal..heh thanks ya..nnti saya tgk blog awak :)

nadnye said...

padan la menang entry nie.. Hi Fit

F I T said...

@nadnye heh thanks..Hi Kak Nadnye :)

nono fara said...

congrates fo the winning dude.. mesti lah sangat creative! nice job.. and well done to you! ;)

F I T said...

@nono fara thanks ya for the wish..bagus a kalau suka..tercapai gak tujuan entry ni..hehe ^_^

Hajib said...

tahniah dapat no 2 bro!

F I T said...

@Hajib thanks bro :D

Post a Comment