_
*Rasa nak tepuk dahi je bila baca balik blog ni. Adeh..*
Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM
-admin

Monday, January 25, 2010

Kontroversi Globalisasi Barat dan Yahudi!; 5S + 3F

Berikut adalah sebahagian dari ulasan artikel bertajuk GLOBALISASI semasa fit masih belajar di UTeM untuk subjek Hubungan Etnik. Artikel ni fit karang melalui pengalaman serta kajian dari beberapa buah buku rujukan dan majalah. Rasanya ada beberapa point menarik untuk korang fokuskan dan dikongsi bersama. Fyi, ini bukan keseluruhan artikel tapi hanya bahagian pendapat penulis.

Owh pada sapa-sapa yang nak copy paste wat asignment tu lupakan je lah sebab perkataan ni semua akan masuk data server google. Lecturer korang akan copy mana-mana ayat untuk googling kalau-kalau korang copy kat tenet. Last-last jumpa blog ni korang sure kena! :P




Berdasarkan pembacaan pengkaji dalam tajuk ini, pengkaji dapat merasakan pegangan Islam di Malaysia semakin pudar di mana ramai generasi remaja zaman sekarang terpengaruh dengan gejala tidak sihat.

Konsep globalisasi yang diuar-uarkan sekarang tidak diterima dengan baik oleh generasi muda zaman sekarang. Malah disongsangkan apabila generasi muda zaman sekarang mula meniru gaya, budaya dan personaliti Barat yang tidak sihat dan bertentangan dengan cara hidup Islam. Mereka tidak mengambil kesempatan di atas konsep globalisasi yang positif untuk mematangkan diri dan menjadikan diri lebih berjaya.

Globalisasi yang perlu diikuti rakyat Malaysia ialah mengambil contoh dan mengikut arus pemodenan semasa dunia luar. Rakyat Malaysia perlu menapis budaya-budaya penjajah yang tidak sihat. Wawasan 2020 tidak akan tercapai sekiranya pemikiran rakyat Malaysia masih lagi mentah dan tidak tahu membezakan yang mana baik dan buruk. Malaysia memerlukan tenaga muda yang berkebolehan dan berfikiran matang serta bijak dalam setiap bidang. Disinilah kita dapat mengambil konsep globalisasi ini untuk memajukan diri setiap rakyat Malaysia.

Pengkaji menyedari konsep globalisasi yang disebarkan oleh negara-negara Barat sama ada secara sedar mahupun secara tidak sedar adalah terbukti salah. Walaupun Barat tidak menjajah kita secara terang-terangan seperti zaman terdahulu, namun mereka telah berjaya menjajah minda kita.

Semasa pengkaji masih belajar di sekolah menengah, pengkaji sentiasa didedahkan dengan konsep jajahan minda yang dibawa oleh Barat iaitu 5S; smoke, sound, sex, screen, dan sport. Selain itu, pengkaji mendapat tahu satu lagi konsep jajahan minda oleh Barat apabila terbaca satu artikel dalam salah satu majalah ilmiah tahun 2006 iaitu 3F; fesyen, food, dan fun.

Jadi, memang benarlah negara-negara Barat ingin mengikis kata-kata Laksamana Hang Tuah iaitu ”Takkan Melayu hilang di dunia”. Jika rakyat Malaysia masih berfikiran seperti ’katak di bawah tempurung’ sudah tentu kata-kata Laksamana Hang Tuah ini akan terkubur bersama-sama tamadun Melayu.

Melalui konsep Peradaban Malaysia, konsep jajahan minda oleh Barat dapat dihalang sepenuhnya. Pengkaji berpendapat konsep Peradaban Malaysia yang dilaksanakan 100% kepada semua generasi remaja dapat memastikan budaya Barat yang negatif tidak menular di kalangan remaja masa kini. Generasi remaja masa kini perlu kaya dengan kebudayaan tempatan dan memiliki ketahan fizikal, mental dan spiritual yang berteraskan ilmu pengetahuan dan ilmu keagamaan.

Apabila bercakap tentang globalisasi, seringkali terbayangkan Malaysia dengan kehidupan ala barat yang maju dan berdaya saing. Namun,jika dilihat pada remaja zaman kini, terfikir pula apakah yang menyebabkan mereka begitu terpengaruh dengan budaya Barat yang tidak sihat?
Seperti mana yang ditulis oleh Prof Dr.Mohd Yusof Hj. Othman,beliau menyatakan muzik merupakan medium utama yang digunakan untuk mempengaruhi minda kita. Lagipun Amerika menggunakan hiburan untuk ’mengAmerikakan’ orang timur di mana negara Barat memperkenalkan orang-orang Timur dalam filem-filem dan iklan-iklan mereka. Kebanyakan ramaja sekarang terlalu fanatik dengan fesyen dan gaya penyanyi pujaan mereka sehingga mengabaikan unsur budaya tempatan.

Konsep globalisasi yang sebenarnya adalah mengikut dan mencontohi teknologi dan kemajuan negara-negara maju serta mengambil gaya hidup yang sihat dan positif seperti amalan Feng Shui yang diamalkan oleh kaum cina. Manusia harus menyeimbangkan emosi, rohani dan kepintaran untuk mengikuti arus globalisasi masa kini supaya tidak terikut-ikut dengan budaya globalisasi yang negatif.

Memetik kata-kata dalam penulisan Prof. Dr. Sidek Bin Baba, dunia menjadi semakin kecil tanpa sempadan. Dari sinilah beliau menyatakan Islam menghadapi cabaran besar iaitu paksaan Order Barat atas nama Order Global. Namun ia tidak menggambarkan Global Order kerana negara lain tidak pernah diajak berbincang kerananya (Prof Sayyed Hossein Nasr: Islam dan Cabaran Abad ke 21).

Amerika juga dilihat tidak lagi mematuhi atau mengambil nasihat dari pertubuhan-pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mereka bertindak sesuka hati dan menyerang negara-negara berkepentingan ekonomi dengan pelbagai alasan tetapi atas satu tujuan rahsia iaitu menguasai ekonomi minyak sedunia.


P/s: 5S+3F tu memang best kan, tapi apa nak buat? kita manusia yang ada hati dan keinginan serta kelemahan. Yang penting kena pandai bezakan yang baik dan buruk!



Friday, January 22, 2010

Wah I won Free Flight Ticket From MAS! Thanks MAS and Nuffnang.


Hi..wah tak tahu nak cakap pe pagi ni.. Masuk blog je ramai yang ucap tahniah. Contest pe fit menang ni? 2 hari lepas blog fit ni ada wat edisi gila kontez back to back. Awalnya menang. Lepas tu check satu-satu email, ada email dari nuffnang. Terkejut a.

Bila buka je email tu tertulis fit dapat second prize untuk advertorial MAS. wahhhh

Dear Nuffnanger,

Get your passports ready - the results of the flymas.mobi blog contest are out! Thank you for being patient while we were finalising the results. The response from all of you was simply overwhelming! The winners of the contest are as below:

1st prize: Terence Lee Han Yang (http://theterencelee.com/?p=516)
2nd prize: Ahmad Fitri b Mahadi (http://fitrihadi.blogspot.com/2009/12/flymasmobi-as-easy-as-1-2-3.html)
3rd prize: Nigel Sia Ling-Wei (http://nigelais.blogspot.com/2009/12/flymasmobi-as-easy-as-123.html)

Congratulations to all the winners! If you didn't win anything this time, fret not as you still have another chance to win flight tickets to exotic destinations with the flymas.mobi video contest. For more details on the contest, head on over to http://www.nuffnang.com.my/blog/2010/01/11/flymas-mobi-video-contest.

Cheers,
Blogger Relations Department



Fit still tak caya lagi terus gi web nuffnang. Dan ada announcement untuk pemenang MAS contest tu.

Pada siapa-siapa yang belum baca advertorial tu KLIK SINI atau cari je kat sidebar under Advertorial tu ada je. Tajuk entry tu Flymas.mobi - as easy as 1, 2, 3.

Apa-apa pun, Fit bersyukur sangat-sangat walaupun ticket ASEAN je. Tu pun amat bermakna bagi fit. Lagipun, dah lama tak keluar Malaysiakan. Nak gak bawak mak jalan-jalan kalau ada peluang.

Last but not least, TERIMA KASIH pada semua yang wish tu. Dan tak lupa juga pada MAS dan NUFFNANG. You Guys ROCK! :)


P/s: Dalam plan ingat nak bawak mak gi Medan atau Brunei. :)

P/p/s: masih belajar untuk berblogging. terima kasih pada redmummy walaupun tak diajar secara langsung tapi blog kak red boleh menjadi contoh kepada bloggies semua untuk menjadi blogger yang berjaya!



Tuesday, January 19, 2010

Scroll box problem + scroll box code



Hari ini fit dapat ilmu baru lagi dalam dunia coding ni. Masalah yang selalu fit hadapi bila nak wat tutorial, time nak letak coding dalam scroll box. Macam kat entry-entry ni;

Tukar Logo/Favicon Blog

Letak Cool Auto-Appear Link Box

Apa yang menjadi masalah ialah sesetengah coding yang diletak dalam text box tu akan di'debug' oleh browser. Maka akan berlakulah ketidak seimbangan susun atur blog dan mungkin juga akan berlaku perubahan pada coding tersebut dari format css kepada html.

Jadi berpandukan kepada tuan guru Nik Aziz Google, fit cuba search cara untuk encode kan coding yang nak diletakkan dalam text box tu supaya browser tak debug coding tu. Apa yang fit dapat ada dua cara. Ada cara mudah dan susah;

  • gantikan sendiri lambang yang selalu diguna dalam coding dengan encode script..contohnya takleh tunjuk kat sini. korang boleh tengok kat WEB ni. ni pun dah cukup bagus share linknya. selebihnya korang usaha la sendiri. Usaha lif kejayaan!
  • atau korang guna je encode/decode tool dari WEB ni.. cepat, tepat dan betul!
lepas korang dapat coding yang dah di'encode' tu baru korang boleh letak dalam scroll box dan takde lagi masalah tentang browser yang cuba debug code tu..

a'ah lagi satu..korang nak tau kan code untuk scroll box? copy je bawah ni. nanti boleh korang guna untuk letak coding banner blog korang ke coding apa2 ke untuk di'share' dengan kengkawan korang. height dan width tu pandai-pandai la korang adjust sendiri. ;

<div style="height:120px;width:250px;font:16px/26px Georgia, Garamond, Serif;overflow:scroll;">Ayat korang sendiri!</div>


Ok tu je nak kongsi hari ni. Apa-apa pun maaflah pada sapa-sapa yang dah cuba auto-appear link box tu sebelum ni. masalahnya pasal ni la..yang fit cita kat atas tu. Apa-apa pun, tutorial tu dah boleh cuba dah sekarang.. thanks pada yang Sedara JMR dan Sendra yang menegur!


P/s: baru selesai hantar segala dokumen untuk permohonan UPU. Sorry lambat online! ^_^



Alamat-Alamat IPTA Bagi Yang Mengisi Borang UPU




[ UPDATE JULAI 2015 ]
Bagi yang ingin maklumat surat-menyurat dan email semua universiti yang terbaru, bolehlah ke

(Senarai) Alamat IPTA Seluruh Malaysia untuk Permohonan Kemasukan


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Fit nak tolong korang sikit. Pada siapa-siapa yang dah isi borang UPU tu jangan lupa untuk hantar segala dokumen dan sijil-sijil yang sewaktu dengannya ke universiti-universiti yang korang mintak. Semalam pun fit busy dengan urusan-urusan ni. Dan bawah ni fit senaraikan alamat-alamat IPTA di Malaysia;

[ UTEM ]
Bahagian Pengurusan Akademik
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Karung Berkunci 1200
Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh
Melaka

Tel : 06-3316086/ 6077/ 6073/ 6076
Faks : 06-3316079

Emel : bpa@utem.edu.my
Web : www.utem.edu.my


[ UNIMAP ]Pendaftar
Jabatan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar
Universiti Malaysia Perlis
Tingkat 1, Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Jalan Bukit Lagi
01000 Kangar
Perlis

Tel : 04-9798701/ 8702/ 8706/ 8008
Faks : 04-9798703

Emel : -
Web : www.unimap.edu.my


[ UPSI ]Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim
Perak
Tel : 05-4506932
Faks : 05-4582670
Emel : -
Web : www.upsi.edu.my

[ UTHM ]
Timbalan Pendaftar Kanan
Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor

Tel : 07-4537681/ 7655/ 7687/ 7689/ 7694/ 7696
Faks : 07-4536085

Emel : pa@uthm.edu.my
Web : www.uthm.edu.my

[ UDM ]Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA
Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel : 09-6220707/ 6275514/ 6664466
Faks : 09-6221785
Emel : mdzamrie@udm.edu.my
Web : www.udm.edu.my

[ UiTM ]
Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar
Pusat Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

Tel : 03-55443164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175
Faks : 03-55443170

Emel : bpp@salam.uitm.edu.my
Web : www.uitm.edu.my


[ UMT ]Bahagian Akademik
Aras 1, Bangunan Canselori dan Pentadbiran
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu

Tel : 09-6684219/ 4532/ 4467/ 4141
Faks : 09-6684143

Emel : akademik@umt.edu.my
Web : www.umt.edu.my


[ UMS ]Timbalan Pendaftar
Bahagian Perkhidmatan Akademik
Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori
Universiti Malaysia Sabah
Beg Berkunci 2073
88999 Kota Kinabalu
Sabah
Tel : 08-8320213/ 1259/ 0053
Faks : 08-8320090
Emel : -
Web : www.ums.edu.my

[ UMP ]Bahagian Pengurusan Akademik
Kompleks Perkhidmatan Siswa
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-549 2550/ 2557
Faks : 09-549 2555
Emel : -
Web : www.ump.edu.my

[ UKM ]Timbalan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor
Tel : 03-89214126/ 5041/ 5336
Faks : 03-89250662
Emel : akad@ukm.my
Web : www.ukm.my

[ UMK ]Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36
16100 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7717056/ 7058
Faks : 09-7717052
Emel : akademik@umk.edu.my
Web : www.umk.edu.my

[ UM ]Timbalan Pendaftar
Bahagian Akademik, Jabatan Pendaftar
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Tel : 03-79673279/ 3440/ 3441
Faks : 03-79673449
Emel : skr@um.edu.my
Web : www.um.edu.my

[ UPM ]Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor
Tel : 03-89466000/ 6059/ 6060
Faks : 03-89426469
Emel : pengambilan@putra.upm.edu.my
Web : www.akademik.upm.edu.my

[ USIM ]
Pendaftar
Bahagian Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Seremban
Tel : 06-7988000/ 8325/ 8328
Faks : 06-7988334
Emel : akademik@usim.edu.my
Web : www.usim.edu.my

[ USM ]Timbalan Pendaftar
Unit Kemasukan & Pengambilan
Aras 2, Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden
Pulau Pinang

Tel : 04-6533329/ 3059/ 3141/ 2688/ 3327/ 3478
Faks : 04-6533328

Emel : -
Web : www.usm.my


[ UTM ]
Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Unit Kemasukan Dan Rekod
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor Darul Takzim
Tel : 07-5533333
Faks : 07-5581791
Emel : upa@utm.my
Web : www.utm.my

[ UUM ]
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok
Kedah Darul Aman
Tel : 04-9283174/ 3108/ 3168/ 3103
Faks : 04-9283115/ 3109

Emel : -
Web : www.uum.edu.my


[ UNIMAS ]Pendaftar
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Aras G, Bangunan Canselori
Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan
Sarawak

Tel : 082-581000 samb 1088/ 1049/1050
Faks : 082-581048

Emel : ukp@unimas.my
Web : www.unimas.my


[ UIAM ]Pengarah
Bahagian Kemasukan dan Rekod
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
P.O. Box 10
50728 Kuala Lumpur

Tel : 03-61964000/ 4040/ 3019/ 4047
Faks : 03-61964724

Emel : -
Web : www.iiu.edu.my


[ UPNM ]
Pendaftar
Jabatan Kemasukan dan Rekod
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur

Tel : 03-90512699
Faks : 03-90512698

Emel : -
Web : www.upnm.edu.my


*Sumber dari Web UPU (Alamat IPTA)



Monday, January 18, 2010

Letak Auto-Appear Link Box Yang Cool Dalam Blog Korang!

Ini ada lagi satu tutorial yang memang best untuk blog korang. selalunya kalau cursur mouse korang berada pada satu link, akan keluar box yang koman-koman je. Macam mana nak dapatkan link box yang cool macam ni?


Sila backup template dulu kalau-kalau lah benda ni tak jadi. Tak susah pun sebenarnya. Ada 3 cara mudah je untuk korang dapatkan link box ni.

  • masuk LAYOUT--EDIT HTML
  • cari perkataan "/head"
  • pastu copy dan paste kod di bawah ni selepas perkataan </head> dan sebelum <body>. Ingat tu!
<link href='http://sites.google.com/site/defaultjssite/urltooltip.css' media='screen' rel='stylesheet' type='text/css'/>
<script src='http://sites.google.com/site/defaultjssite/urltooltip.js' type='text/javascript'/>
<script src='http://sites.google.com/site/defaultjssite/sweettiles.js' type='text/javascript'/>


  • Dah letak link tu? Klik je 'SAVE TEMPLATE'.
Dah siap. Korang boleh view blog korang. Jadi tak? Kalau jadi, gitau kat orang lain. kalau tak jadi gitau kat fit. Ok? Selamat mencuba!



Sunday, January 17, 2010

Tips Menabung dan Jimat Besau!

Hujung minggu ni apa korang wat? tido?dating? tengok wayang? bagi bachelor cam fit memang membosankan. tapi hari Ahad gini takde a bosan sangat bagi fit sebab pagi tadi fit cari duit. memang bersemangat nak abiskan 100 biji kelapa dalam masa 4 jam. sok dealer datang ambik.haha lepas gak duit nak bayar streamyx bulan ni..tu pun banyak lagi baki nya. simpan ASB a..

Eh cakap pasal duit ni bersemangat la pulak. Jom fit share dengan korang cara nak menabung. memang senang cakap tapi semangat nak menabung tu yang susah tu. Apa-apa pun, tips ni berdasarkan pengalaman fit a.

Ada orang kata susah nak menabung sebab tak banyak duit. Memang la tak banyak duit. Menabung ni bukan simpan sekali tu beratus-ratus. Pernah dengar sikit-sikit lama-lama jadi Everest? A'ah ini la caranya yang fit nak terangkan:

  • Penting dan wajib ni, korang mesti ada akaun Amanah Saham. Yang fit syorkan ASB a. Akaun ASB ni memang bonus dia maintain setiap tahun. dan tiap-tiap hujung tahun korang dapat bonus tu dalam 10%. kengkadang kalau ekonomi baik boleh dapat lebih lagi.
  • Yang kedua, korang buat tabung yang kecik. Sebab pe kecik? Sebab senang nak penuh. baru korang bersemangat nak menabung. Kalu malas sangat nak cari tabung kecik, korang beli je oren sunkist yang botol kecik tu cam bawah ni. bila dah penuh beli a lagi. takpun gi simpan je dalam akaun ASB dan menabung lagi.



  • Bila berbelanja, korang dapat baki duit syiling kan. hah duit syiling tu korang simpan je dalam poket. jangan guna untuk bayar apa-apa. balik je rumah terus masuk tabung. Contohnya korang beli suratkhabar RM1.50. korang bayar RM2. Pastu baki RM0.50 tu masuk tabung. Senang je kan.
  • Pastu korang boleh jimatkan bil air, api dan telefon. Tak susah pun. Korang yang ada handphone tu lebih baik SMS dari call. Kan jimat. tapi kalu urgent tu tak perlu a SMS. tengok tempat dan masa la.
  • Tahukah korang kalu korang beli air bungkus kat kedai makan, korang dapat lagi banyak kuantiti air tu dari segelas air kat kedai makan tu. Kajian fit menunjukkan air bungkus tu boleh dapat lebih kurang dua gelas. Jadi, tapau-tapau la lepas ni.
  • Sebelum korang nak berbelanja, tak kira la nak shoping atau makan, survey dulu tempat yang betul-betul murah. Jangan main serbu je. Kang kopak poket nak bayar. Lagi sakit hati, kalau ada tempat yang lebih murah lepas beli tu.
  • Kalau korang nak jalan jauh atau gi shoping ke, bawak bekal makanan ringan atau air dari umah. takde la nafsu shopping tu meningkat seiring dengan nafsu makan tu.
  • Kalau ada keta tu, mesti ada motor. Kalau mampu beli kereta takkan tak mampu nak beli LC135 ke? Harga RM6000 je. Takde a low standard sangat kalau segan naik motor. Kalau takde motor pun, paling koman ada basikal jadi a. Tujuannya, kalau nak gi tempat yang dekat tu tak perlu guna kereta. Jimat minyak sikit guna motor. Kalau guna basikal lagi jimat. Apa-apa pun, guna helmet canggih skit. Safety first. Tak perlu a berjimat sampai keselematan pun diabaikan.
  • Rumah korang ada nyamuk tak? kalau ada korang guna pe? Ubat nyamuk elektrik atau coil? Sekarang, lupakan semua tu. Tiap-tiap bulan nak beli ubat tu semua kopak la poket. Gantikan semua tu dengan Kelambu. Lagi jimat kan.

Itu je tips yang fit ada setakat ni. Kalu ada fit sambung lagi di entry yang lain. Dah maghrib ni. Sudah-sudah la tu nganga depan laptop!




P/s: Sebelum sambung belajar nak kumpul duit banyak-banyak. Selesa sikit nak hidup. heh



Saturday, January 16, 2010

Page Number Navigation Untuk Blogger.com


Sebelum fit masuk tido fit nak share tutorial ni. walaupun dah lama fit wat tapi untuk reference masa hadapan baik fit letak dalam blog. takde la hilang tutorial ni kalau hard disk rosak ke laptop rosak ke..

Jadi kalau korang nak letak page number navigation kat bawah blog korang (selain link newer/older post), ada 4 cara mudah je..

  1. pergi pada LAYOUT - PAGE ELEMENT
  2. Klik pada ADD A GADGET pada bahagian bawah sekali. bahagian mana-mana pun boleh tapi kalu bawah sekali senang nak recognize.
  3. Lepas tu klik HTML/JavaScript.
  4. Akhir sekali copy kod di dalam kotak bawah ni dan paste ke dalam gadget tersebut. Klik Save dan Preview. Harap-harap menjadi la. Selamat mencuba!


<style>
.showpageArea a {
text-decoration:underline;
}
.showpageNum a {
text-decoration:none;
border: 1px solid #ccc;
margin:0 3px;
padding:3px;
}
.showpageNum a:hover {
border: 1px solid #ccc;
background-color:#ccc;
}
.showpagePoint {
color:#333;
text-decoration:none;
border: 1px solid #ccc;
background: #ccc;
margin:0 3px;
padding:3px;
}
.showpageOf {
text-decoration:none;
padding:3px;
margin: 0 3px 0 0;
}
.showpage a {
text-decoration:none;
border: 1px solid #ccc;
padding:3px;
}
.showpage a:hover {
text-decoration:none;
}
.showpageNum a:link,.showpage a:link {
text-decoration:none;
color:#333;
}

</style>



<script type="text/javascript">

function showpageCount(json) {
var thisUrl = location.href;
var htmlMap = new Array();
var isFirstPage = thisUrl.substring(thisUrl.length-14,thisUrl.length)==".blogspot.com/";
var isLablePage = thisUrl.indexOf("/search/label/")!=-1;
var isPage = thisUrl.indexOf("/search?updated")!=-1;
var thisLable = isLablePage ? thisUrl.substr(thisUrl.indexOf("/search/label/")+14,thisUrl.length) : "";
thisLable = thisLable.indexOf("?")!=-1 ? thisLable.substr(0,thisLable.indexOf("?")) : thisLable;
var thisNum = 1;
var postNum=1;
var itemCount = 0;
var fFlag = 0;
var eFlag = 0;
var html= '';
var upPageHtml ='';
var downPageHtml ='';


var pageCount=4;
var displayPageNum=4;
var firstPageWord = 'Home';
var endPageWord = 'End';
var upPageWord ='<<';
var downPageWord ='>>';



var labelHtml = '<span class="showpageNum"><a href="/search/label/'+thisLable+'?&max-results='+pageCount+'">';

for(var i=0, post; post = json.feed.entry[i]; i++) {
var timestamp = post.published.$t.substr(0,10);
var title = post.title.$t;
if(isLablePage){
if(title!=''){
if(post.category){
for(var c=0, post_category; post_category = post.category[c]; c++) {
if(encodeURIComponent(post_category.term)==thisLable){
if(itemCount==0 || (itemCount % pageCount ==(pageCount-1))){
if(thisUrl.indexOf(timestamp)!=-1 ){
thisNum = postNum;
}

postNum++;
htmlMap[htmlMap.length] = '/search/label/'+thisLable+'?updated-max='+timestamp+'T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results='+pageCount;
}
}
}
}//end if(post.category){

itemCount++;
}

}else{
if(title!=''){
if(itemCount==0 || (itemCount % pageCount ==(pageCount-1))){
if(thisUrl.indexOf(timestamp)!=-1 ){
thisNum = postNum;
}

if(title!='') postNum++;
htmlMap[htmlMap.length] = '/search?updated-max='+timestamp+'T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results='+pageCount;
}
}
itemCount++;
}
}

for(var p =0;p< htmlMap.length;p++){
if(p>=(thisNum-displayPageNum-1) && p<(thisNum+displayPageNum)){
if(fFlag ==0 && p == thisNum-2){
if(thisNum==2){
if(isLablePage){
upPageHtml = labelHtml + upPageWord +'</a></span>';
}else{
upPageHtml = '<span class="showpage"><a href="/">'+ upPageWord +'</a></span>';
}
}else{
upPageHtml = '<span class="showpage"><a href="'+htmlMap[p]+'">'+ upPageWord +'</a></span>';
}

fFlag++;
}

if(p==(thisNum-1)){
html += ' <span class="showpagePoint"><u>'+thisNum+'</u></span>';
}else{
if(p==0){
if(isLablePage){
html = labelHtml+'1</a></span>';
}else{
html += '<span class="showpageNum"><a href="/">1</a></span>';
}
}else{
html += '<span class="showpageNum"><a href="'+htmlMap[p]+'">'+ (p+1) +' </a></span>';
}
}

if(eFlag ==0 && p == thisNum){
downPageHtml = '<span class="showpage"> <a href="'+htmlMap[p]+'">'+ downPageWord +'</a></span>';
eFlag++;
}
}//end if(p>=(thisNum-displayPageNum-1) && p<(thisNum+displayPageNum)){
}//end for(var p =0;p< htmlMap.length;p++){

if(thisNum>1){
if(!isLablePage){
html = '<span class="showpage"><a href="/">'+ firstPageWord +' </a></span>'+upPageHtml+' '+html +' ';
}else{
html = ''+labelHtml + firstPageWord +' </a></span>'+upPageHtml+' '+html +' ';
}
}

html = '<div class="showpageArea"><span style="padding: 2px 4px 2px 4px;margin: 2px 2px 2px 2px;border: 1px solid #333; background-" class="showpage">Page '+thisNum+' of '+(postNum-1)+': </span>'+html;

if(thisNum<(postNum-1)){
html += downPageHtml;
html += '<span class="showpage"><a href="'+htmlMap[htmlMap.length-1]+'"> '+endPageWord+'</a></span>';
}

if(postNum==1) postNum++;
html += '</div>';

if(isPage || isFirstPage || isLablePage){
var pageArea = document.getElementsByName("pageArea");
var blogPager = document.getElementById("blog-pager");

if(postNum <= 2){
html ='';
}

for(var p =0;p< pageArea.length;p++){
pageArea[p].innerHTML = html;
}

if(pageArea&&pageArea.length>0){
html ='';
}

if(blogPager){
blogPager.innerHTML = html;
}
}

}
</script>

<script src="/feeds/posts/summary?alt=json-in-script&callback=showpageCount&max-results=99999" type="text/javascript"></script>
<div style="text-align:right;font-size:10px;color:000000;margin-top:15px;display:none;"></div>



P/s: thanks to IzzahFarhana yang berkongsi tutorial ni :)

P/s: Stay tuned. fit nak kongsi cara nak wat auto-appear link box lak lepas ni.



Tuesday, January 12, 2010

Lenguh kaki? Hilangkan sendiri hanya di rumah!


Owh feels like heaven!


Tips ni fit dapat dari sebuah majalah lama. Apa pun, urutan kaki memang best. Sapa tak suka foot massage memang rugi. Sebab apa? Lepas di massage tu kaki korang akan jadi lebih segar dan bertenaga kerana urutan akan melancarkan peredaran darah di kaki korang. Percaya la!

Selalunya, kaki adalah bahagian tubuh yang sering diabaikan. Jadi perlu untuk korang menjaga kaki supaya lebih bertenaga sepanjang hari. Foot scrub adalah salah satu cara untuk menghilangkan lenguh kaki selain menggunakan khidmat urutan yang memang heaven dan menenangkan. heh..

Tips memilih foot scrub

  • Perhatikan fungsi utamanya, adakah ia untuk menghilangkan kulit kaki yang keras, membuat kaki rileks atau untuk 'foot massage'.
  • Lihat butiran 'scrub'nya. Butiran yang sngat kasar boleh menjadikan kaki kamu yang sensitif menjadi pedih. Sementara 'foot scrub' dengan butiran halus sesuai untuk kaki yang keletihan.

Tips memakai 'foot scrub'

  • Gunakan berus khusus untuk menghindarkan kulit dari rosak akibat geseran butiran 'scrub' yang besar dan kasar.
  • Rendam kaki dalam air suam sebelum membuat sapuan 'scrub', kemudian lakukan sambil memicit kaki selama beberapa minit.
  • Sapukan losen khas untuk menjaga kelembapan kulit kaki.
P/s: mintak la hubby/bini urutkan.. pastu bagi upah skit.. kan bagus.. ini takde upah mana la ada semangat nk urut.. Peace!



Tuesday, January 5, 2010

UPU online dibuka untuk lepasan Diploma/setaraf


Wahai penduduk remaja Malaysia sekalian alam!

Hamba adalah utusan istana pendidikan membawa berita untuk korang semua..

Bahawasanya, pada hari ini, tanggal 5 Januari 2010, permohonan untuk ke universiti bagi lepasan Diploma/setaraf (macam hamba..) telah dibuka sehingga 4 Februari 2010!

SILA KLIK SINI untuk ke laman web yang sewaktu dengannya dan melihat borang secara online!

owh sebelum hamba terlupa, korang semua mesti membeli nombor unik ID untuk mengisi borang tersebut. Sila beli di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan ek! cuma bayar RM15..tambahan RM0.60 untuk cas tambahan kepada BSN!


Kajang pak malau kajang berlipat
Kajang hamba musafir layu
Dagang pak malau dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu..


P/s: 4U2CSICU..CUDIPT..UNIC..