Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Wednesday, January 20, 2010

Contest Oh Kunci! by Arieza

Siapalah kereta tanpa kunci?


Oh kunci,
walaupun tubuhmu macam lidi,
panjang pun satu dua inci,
kau tetap menjadi pilihan hati ini,
tanpamu, ceriaku sirna, daku sepi lagi,
kerana... Macam mana aku nak masuk ni?
Rumah masih berkunci lagi!

Oh kunci,
walaupun gigimu rongak tak secantik Siti,
daku sentiasa mendambakan kasihmu kunci,
bila daku mahu ber'dating' di Mid Valley,
daku gunakanmu untuk mengunci rumah ini,
supaya rumah cabukku ini tak dimasuki pencuri.

Oh kunci,
ini kisah kunci kereta bukan kunci rumah lagi,
walaupun engkau bertemankan keychain BMW yang ranggi,
walaupun engkau umpama permata dan aku pula jauhari,
tapi daku hanya memandu sebuah perodua Myvi,
Apakan daya nak beli BMW tak cukup duit lagi,

Oh kunci,
engkau sangat canggih kerana dilengkapi remote control macam TV,
sekali tekan kereta Myvi daku berbunyi,
ku mengerti siapa daku tanpamu disisi,
dan apa guna posesi juga posisi,
eh macam lirik lagu Too Phat je ni. I'm Sorry!

Oh kunci,
maafkan daku kerana memegang kepalamu yang tiada segi,
maafkan daku kerana mendua, oh tidak menlapankan kau kunci,
maafkan daku kerana menyimpanmu dalam poket seluar hapakku ini,
bukan bermaksud daku tamak atau kurang ajar tak sedar diri,
tapi dah pe'el kau camtu, apa daku nak buat lagi?

Oh kunci,
pecah kepala daku nak perah otak lagi,
cukuplah sehangit ini si Arieza menggoreng otakku ini,
puisi pun dah macam tongkang pecah kena langgar lari,
daku bukan jiwang 24 karat atau insan berseni,
yang penting kunci tetap tergantung di dinding rumah ini,
kalu nak gantung di hati, sah sangat menipu tak sedar diri.



P/s: Jom join contest Oh Kunci! by Arieza!



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

6 BUZZ!!!:

|arieza| said...

haha sengal tul sajak ni... hahaha ok ok kita ada keta yg sama.. haha kesian kunci masuk dlm suar busuk ek.. lenkali gantung kt telinga :p eh kt leher.. hehe tq for joining! :) tggu 22jan ok :)

ery said...

aiseh.. macam2 la.. kunci pun boleh jadi taruhan..heheh

F I T said...

@|arieza| haha tu rekaan semata-mata je laa..manada keta lagi huk3!..hanya puisi diulit mimpi je! okay! tunggu~ :)

@ery haha apa-apa je la..saja nak asah bakat yang dah lapok dek zaman ni..^_^

Hazzy Ishak said...

best best...

F I T said...

@Hazzy Ishak haha thanks! ^_^

|arieza| said...

haaa beb.. Contest Hangit dh start.. hadiah lbh byk.. meh ar join!

Post a Comment