Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Sunday, January 24, 2010

Jom Bebaskan Nafas Kita!

Oh, kerajaan Malaysia kalah dengan kempen Tak Nak Merokok diorang. Rokok terus menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Jadi fit lak nak wat Kempen Bebaskan Nafas. Zaman sekarang ni, manusia makin dilarang makin dia nak dibuat. Jadi apa kata kita ajak pulak buat benda baik dari melarang. Kan berkhikmah sikit. Di akhir kempen ni fit ada tips untuk bebaskan pernafasan korang dari rokok! Stay tuned.

Jadi korang tolong jawab soalan ni dulu. Siapa lagi kuat? Rokok ke korang? Jantankah korang yang kalah pada rokok. Tepuk dada, terbatuk-batuk.



Tahukah korang yahudi telah mencipta berjuta-juta alat untuk melalaikan manusia di bumi. Antaranya rokok, *5S+3F, selain banyak lagi hiburan yang melalaikan.Mereka antara kaum yang paling bijak pada zaman sekarang (serta bermuka tembok sejajar dengan tembok yang diorang bina di Palestin).

Bangsa yahudi sendiri diharamkan dari mengambil rokok yang dicipta mereka kerana mereka tahu bahawa ianya penuh dengan racun-racun yang diletakkan dalam kuantiti yang sedikit supaya ia membunuh personaliti dan kesihatan manusia secara perlahan-lahan. Bayangkan jika mereka meletakkan racun dalam kuantiti yang banyak, sudah tentu rokok tidak akan dijual kerana ia akan menyebabkan kematian mengejut.

Mengikut kajian saintis-saintis perubatan, rokok akan memendekkan jangka hayat korang selama 10 tahun. Jadi, perlukah korang menghabiskan beratus-ratus ringgit setahun untuk membunuh diri sendiri? Tepuk dada, sesak nafas!



Dengan merokok, korang bukan saja akan membunuh diri sendiri tapi juga orang di sekeliling korang secara perlahan-lahan. Saintis-saintis perubatan juga mengatakan bahawa 4 batang rokok yang korang hisap, akan juga dihisap oleh orang disekeliling korang sebanyak 1 batang. Mahukah korang bertanggungjawab jika orang disekeliling korang mati kerana asap rokok yang korang hembus? Jika korang tak mahu bertanggungjawab di bumi pun di akhirat korang tetap akan dipertanggungjawab juga.


Yahudi bertepuk tangan, kita bertepuk dada kerana sakit jantung. Owh kejamnya dunia. Selain penyakit-penyakit yang selalu korang dengar kerana rokok, fit nak bagi tahu lagi satu sebab kenapa korang kena bebaskan nafas korang dari rokok. Sebilangan perokok kata merokok itu lambang ke'macho'an lelaki. Ok itu pendapat korang. Tapi kemachoan tu takkan lama. sebab pe? Sebab asap rokok tu sendiri akan mempercepatkan proses penuaan dari dalam dan luar badan korang. Dah la ambik 10 tahun hidup manusia, pastu meragut penampilan diri pulak. Tamak gila rokok ni! Apa kata korang? Tepuk dada, keluar asap!


Dah tepuk dada? Ada sakit tak? Kalau tak sakit sekarang pun, nanti korang akan sakit gak. Jadi, sekarang jom bebaskan nafas korang! Ikut langkah-langkah dari fit ni!

  1. Tetapkan Tarikh! - Memang perokok tak boleh berhenti secara mengejut.Ini akan mengakibatkan badan korang mengalami tekanan. Jadi tetapkan tarikh anda akan berhenti sepenuhnya dari merokok. Mungkin sebulan akan datang. Kurangkan beberapa batang rokok dalam sehari dari bilangan yang kebiasaannya korang ambil.
  2. Buat persediaan mental dan fizikal - Catat sebab untuk berhenti sebagai 'gold point' dan lekatkan di tempat yang korang selalu nampak tiap-tiap hari. Mungkin di meja kerja atau peti sejuk. Kalau rajin, buat satu t-shirt gold point korang supaya mendapat sokongan orang sekeliling. Rajin ke korang?
  3. Penting untuk korang jumpa doktor - Dapatkan nasihat dari doktor dahulu supaya korang dapat tambah persediaan mental dan fizikal tu. Selalunya, doktor akan mengesyorkan ubat yang korang boleh guna untuk mengurangkan ketagihan rokok seperti Chantix dan welbutrin. Ada juga nicotine patch tapi kena dapatkan nasihat doktor dahulu!
  4. Buat satu senarai elak - Senaraikan seberapa banyak perkara yang korang boleh buat untuk elakkan korang dari merokok contohnya memasak, bertukang, meluahkan perasaan korang melalui blog atau apa-apa aja yang sewaktu dengannya. Dan tampal bersama-sama gold point korang di tempat yang selalu korang lihat.
  5. Berpuasalah! - Ini tips dari fit sendiri sebagai orang Islam. Memang berpuasa itu dapat mengurangkan nafsu. Tiger Wood sendiri pun dikuarantin supaya dia berpuasa dari terdedah kepada benda-benda yang menghairahkan selepas dia mengalami ketagihan yang teruk. Ketagihan pe? Korang fikir la sendiri!

4 langkah pertama tu penting untuk korang yang mahu bebaskan nafas dan hidup korang. Apa-apa pun mintalah sokongan dari orang sekeliling dan beritahu mereka bahawa anda sedang bebaskan nafas anda dari rokok! Selalunya kegagalan berpunca dari orang sekeliling a.

Nak lebih maklumat lagi? Sila dapatkan e-book bawah ni. Klik je buku tu. E-book ni memang penuh dengan info untuk korang yang nak bebaskan nafas korang dalam masa 3 minggu je. Gooluck korang!



*5S+3F - Akan dibincangkan dalam entry akan datang mengenai Yahudi dan Barat!


p/s: Sumber maklumat adalah dari kajian dan kenalan FITRIHADI sendiri. Peace!


Iklan komuniti Malaysia ini dibawakan khas untuk korang oleh FITRIHADI!



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

9 BUZZ!!!:

ishiko said...

yup2x...
i dun like smokers..

ParkAir said...

patut la aku nampak muda, rupa2nya kerana tak merokok. :D

mengenaldiri said...

Assalamualaikum..

sokong2!!!!
belia benci rokok!!!
=)

F I T said...

@ishiko salah tu..kena kata awak suka non-smoker baru ramai nak berhenti merokok..heheh

@ParkAir btul tu...kita sentiasa muda heheh

@mengenaldiri Walaikumussalam..betul tu..belia benci rokok dan dadah dan macam2 lagi a yang buruk :D

kNajib said...

diorang sanggup biar family berlapar sebabkan nk isap rokok.. pastu masuk BersamaMu.. :p

F I T said...

@kNajib haha ye kot..tak pnah terpikir lak benda ni, bro.. :D

lizz said...

alergik btul aku ngan rokok2 ni. huhuhu.

ishiko said...

huu..cmtu ek..yup.. like my abah said.. "baik abh guna dwet bli bku kt ank2 dr bkr dwet wt isap rokok" huhuu..

F I T said...

@ishiko a'ah bagus a gitu..kang kalau sakit lagi kena guna banyak duit.. :)

Post a Comment