Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Monday, January 25, 2010

Kontroversi Globalisasi Barat dan Yahudi!; 5S + 3F

Berikut adalah sebahagian dari ulasan artikel bertajuk GLOBALISASI semasa fit masih belajar di UTeM untuk subjek Hubungan Etnik. Artikel ni fit karang melalui pengalaman serta kajian dari beberapa buah buku rujukan dan majalah. Rasanya ada beberapa point menarik untuk korang fokuskan dan dikongsi bersama. Fyi, ini bukan keseluruhan artikel tapi hanya bahagian pendapat penulis.

Owh pada sapa-sapa yang nak copy paste wat asignment tu lupakan je lah sebab perkataan ni semua akan masuk data server google. Lecturer korang akan copy mana-mana ayat untuk googling kalau-kalau korang copy kat tenet. Last-last jumpa blog ni korang sure kena! :P




Berdasarkan pembacaan pengkaji dalam tajuk ini, pengkaji dapat merasakan pegangan Islam di Malaysia semakin pudar di mana ramai generasi remaja zaman sekarang terpengaruh dengan gejala tidak sihat.

Konsep globalisasi yang diuar-uarkan sekarang tidak diterima dengan baik oleh generasi muda zaman sekarang. Malah disongsangkan apabila generasi muda zaman sekarang mula meniru gaya, budaya dan personaliti Barat yang tidak sihat dan bertentangan dengan cara hidup Islam. Mereka tidak mengambil kesempatan di atas konsep globalisasi yang positif untuk mematangkan diri dan menjadikan diri lebih berjaya.

Globalisasi yang perlu diikuti rakyat Malaysia ialah mengambil contoh dan mengikut arus pemodenan semasa dunia luar. Rakyat Malaysia perlu menapis budaya-budaya penjajah yang tidak sihat. Wawasan 2020 tidak akan tercapai sekiranya pemikiran rakyat Malaysia masih lagi mentah dan tidak tahu membezakan yang mana baik dan buruk. Malaysia memerlukan tenaga muda yang berkebolehan dan berfikiran matang serta bijak dalam setiap bidang. Disinilah kita dapat mengambil konsep globalisasi ini untuk memajukan diri setiap rakyat Malaysia.

Pengkaji menyedari konsep globalisasi yang disebarkan oleh negara-negara Barat sama ada secara sedar mahupun secara tidak sedar adalah terbukti salah. Walaupun Barat tidak menjajah kita secara terang-terangan seperti zaman terdahulu, namun mereka telah berjaya menjajah minda kita.

Semasa pengkaji masih belajar di sekolah menengah, pengkaji sentiasa didedahkan dengan konsep jajahan minda yang dibawa oleh Barat iaitu 5S; smoke, sound, sex, screen, dan sport. Selain itu, pengkaji mendapat tahu satu lagi konsep jajahan minda oleh Barat apabila terbaca satu artikel dalam salah satu majalah ilmiah tahun 2006 iaitu 3F; fesyen, food, dan fun.

Jadi, memang benarlah negara-negara Barat ingin mengikis kata-kata Laksamana Hang Tuah iaitu ”Takkan Melayu hilang di dunia”. Jika rakyat Malaysia masih berfikiran seperti ’katak di bawah tempurung’ sudah tentu kata-kata Laksamana Hang Tuah ini akan terkubur bersama-sama tamadun Melayu.

Melalui konsep Peradaban Malaysia, konsep jajahan minda oleh Barat dapat dihalang sepenuhnya. Pengkaji berpendapat konsep Peradaban Malaysia yang dilaksanakan 100% kepada semua generasi remaja dapat memastikan budaya Barat yang negatif tidak menular di kalangan remaja masa kini. Generasi remaja masa kini perlu kaya dengan kebudayaan tempatan dan memiliki ketahan fizikal, mental dan spiritual yang berteraskan ilmu pengetahuan dan ilmu keagamaan.

Apabila bercakap tentang globalisasi, seringkali terbayangkan Malaysia dengan kehidupan ala barat yang maju dan berdaya saing. Namun,jika dilihat pada remaja zaman kini, terfikir pula apakah yang menyebabkan mereka begitu terpengaruh dengan budaya Barat yang tidak sihat?
Seperti mana yang ditulis oleh Prof Dr.Mohd Yusof Hj. Othman,beliau menyatakan muzik merupakan medium utama yang digunakan untuk mempengaruhi minda kita. Lagipun Amerika menggunakan hiburan untuk ’mengAmerikakan’ orang timur di mana negara Barat memperkenalkan orang-orang Timur dalam filem-filem dan iklan-iklan mereka. Kebanyakan ramaja sekarang terlalu fanatik dengan fesyen dan gaya penyanyi pujaan mereka sehingga mengabaikan unsur budaya tempatan.

Konsep globalisasi yang sebenarnya adalah mengikut dan mencontohi teknologi dan kemajuan negara-negara maju serta mengambil gaya hidup yang sihat dan positif seperti amalan Feng Shui yang diamalkan oleh kaum cina. Manusia harus menyeimbangkan emosi, rohani dan kepintaran untuk mengikuti arus globalisasi masa kini supaya tidak terikut-ikut dengan budaya globalisasi yang negatif.

Memetik kata-kata dalam penulisan Prof. Dr. Sidek Bin Baba, dunia menjadi semakin kecil tanpa sempadan. Dari sinilah beliau menyatakan Islam menghadapi cabaran besar iaitu paksaan Order Barat atas nama Order Global. Namun ia tidak menggambarkan Global Order kerana negara lain tidak pernah diajak berbincang kerananya (Prof Sayyed Hossein Nasr: Islam dan Cabaran Abad ke 21).

Amerika juga dilihat tidak lagi mematuhi atau mengambil nasihat dari pertubuhan-pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mereka bertindak sesuka hati dan menyerang negara-negara berkepentingan ekonomi dengan pelbagai alasan tetapi atas satu tujuan rahsia iaitu menguasai ekonomi minyak sedunia.


P/s: 5S+3F tu memang best kan, tapi apa nak buat? kita manusia yang ada hati dan keinginan serta kelemahan. Yang penting kena pandai bezakan yang baik dan buruk!



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

12 BUZZ!!!:

Redbloodsnow said...

pedulikan barat dan yahudi. sekutu laknatullah je dorg tuh

ishiko said...

umm... globalisasi...

F I T said...

@Redbloodsnow a'ah pedulikan..memang takleh caya sangat..

@ishiko yup globalisasi. napa?

Sharinginfoz said...

i dah link ur blog as requested... pls do teh same... thanks...

http://sharinginfoz.blogspot.com

Nak Kahwin Awal Ke???

Berapa Duit Dalam Poket Anda???

F I T said...

@Sharinginfoz my pleasure :)

Eyriqazz said...

yahudi...mmg pandai diorang utk menjatuhkan umat islam...

F I T said...

@Eyriqazz tu a..diorang memang bijak..universiti diorang akan suruh pelajar diorang cipta alat yang menjatuhkan manusia..ramai yang tak tahu pasal ni..

ishiko said...

hohooo..saje nk tuliss..

F I T said...

@ishiko wah buat2 rajin lak nak tulis.hehe :P

uvais said...

sekarang ni jangan risau pasal adat melayu tp risau psl agama kita, risau pasal rasul kita, risau psl tanggungjawab kita sebagai seorang muslim bukan sebagai rakyat negara tertentu. kaji kebenaran sendiri, buat konklusi dan rujukan(rekomen: imran hosein) sendiri. sekarang boleh salahkan org lain, tp akhirat nnti jwb sorang2.

kynn j0hari said...

info y bergune...
hagemoni barat dan globalisasi ke atas kite . =)

namasayaiqa said...

nak copy sket2 boleh? utk subjek titas..huhu. tQ :)

Post a Comment