Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Wednesday, January 20, 2010

My Laptop Contest

Sila klik laptop di atas untuk iklan penaja!

Edisi gila kontez versi lektop kali ini dibawakan oleh Saudara Sharina Omar.

Apa yang perlu korang buat hanyalah membebel atau berleter mengalahkan cikgu-cikgu dan ibu-ibu tentang kenapa korang suka laptop korang. Kalau dah suka tu takkan takde gambar kenangan laptop korang tu. Mesti la letak sekeping. Baru laptop korang sayang korang dan tak meragam selalu.

Tanpa melengahkan masa, jom kita dengar leteran En. fit tentang laptop cabuknya!

Tolong tengok laptop je ye. Yang tak berkenaan tak perlu diselak tak perlu di cabul. Abaikan! :P

Kenapa saya suka laptop saya? Sebab dia selesalah. Tapi laptop ni bukan lampin pakai buang tu ok. Apa barang buang-buang. Laptop ni dah dekat 4 tahun. Fit beli masa mula-mula masuk universiti dalam bulan Ogos 2006. Harga masa tu RM2299. Kalau nak ikut harga sekarang dah boleh dapat laptop power gila dah. Fyi, laptop ni jenama Compaq. Compaq Presario V2641.

Apa yang best pasal laptop ni adalah ketahanannya. Memang tahan. Sekarang ni, keyboard dia pun still lembut macam baru je beli. Nak menaip pun laju je ni. Screen pun perghhh cun lagi. Memang macam baru lepas beli.

Lagi satu yang best pasal laptop ni, dia boleh buat keja yang agak 'berat'. Semua photo editing dan keja grafik memang takde masalah. Tapi kena pasang cooler pad a. Kang kalau panas sangat, dia padam plak. Apa-apa pun laptop ni memang tahan. maybe sebab fit jaga sangat-sangat macam jaga anak sendiri. Kalau terlanggar dinding mesti sama-sama sakit. haha! Jangan jatuh sudah..

Setakat ni laptop ni takde apa-apa masalah besau lagi kecuali dah kena basuh banyak kali (formatlah). Lagi satu kaler dia dah makin gelap kat bahagian bawah keyboard yang kena tangan tu. Daki kot. haha nak cuci pun tak keluar dah. Kira halal a.

Jadi, solutionnya fit letak sticker hitam tu supaya nampak kemas dan bersih sikit. heh lagipun bahagian button touchpad tu dah keluar dia punya getah button tu. Sebab tu tampal sticker skit. Hampeh punya anak sedara. Sedap-sedap je dia korek macam korek hidung dia. Adoi! Touchpad tu dah jarang guna. Lagi sedap guna mouse Samsung Pleomax 1600dpi ni. Lagi laju, pantas dan banyak resolutionnya.

A'ah hard disk baru tukar sekali dalam bulan Disember lepas. Yang lama dah corrupt. Takpe la. Bukan selalu dia boleh perah duit tuan dia. Sekali sekala je. Haha hampeh punya laptop. Makin tua makin pandai memokaikan poket tuan dia. Adoi!

Owh pada siapa-siapa yang nak join contest ni tarikh tamatnya sampai Februari 12,2010. Cepat sebelum pakcik korang menang, korang nganga je la.


P/s: moga panjang umur cik laptop. Kang pendek umur kopak poket den nak angkat baru punya. :-P



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

2 BUZZ!!!:

Aidi-Safuan said...

huhu...smart gak laptop nih.
good luck!

F I T said...

@Aidi-Safuan heh laptop cabuk je..thanks for visiting!

Post a Comment