Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Sunday, January 17, 2010

Tips Menabung dan Jimat Besau!

Hujung minggu ni apa korang wat? tido?dating? tengok wayang? bagi bachelor cam fit memang membosankan. tapi hari Ahad gini takde a bosan sangat bagi fit sebab pagi tadi fit cari duit. memang bersemangat nak abiskan 100 biji kelapa dalam masa 4 jam. sok dealer datang ambik.haha lepas gak duit nak bayar streamyx bulan ni..tu pun banyak lagi baki nya. simpan ASB a..

Eh cakap pasal duit ni bersemangat la pulak. Jom fit share dengan korang cara nak menabung. memang senang cakap tapi semangat nak menabung tu yang susah tu. Apa-apa pun, tips ni berdasarkan pengalaman fit a.

Ada orang kata susah nak menabung sebab tak banyak duit. Memang la tak banyak duit. Menabung ni bukan simpan sekali tu beratus-ratus. Pernah dengar sikit-sikit lama-lama jadi Everest? A'ah ini la caranya yang fit nak terangkan:

  • Penting dan wajib ni, korang mesti ada akaun Amanah Saham. Yang fit syorkan ASB a. Akaun ASB ni memang bonus dia maintain setiap tahun. dan tiap-tiap hujung tahun korang dapat bonus tu dalam 10%. kengkadang kalau ekonomi baik boleh dapat lebih lagi.
  • Yang kedua, korang buat tabung yang kecik. Sebab pe kecik? Sebab senang nak penuh. baru korang bersemangat nak menabung. Kalu malas sangat nak cari tabung kecik, korang beli je oren sunkist yang botol kecik tu cam bawah ni. bila dah penuh beli a lagi. takpun gi simpan je dalam akaun ASB dan menabung lagi.



  • Bila berbelanja, korang dapat baki duit syiling kan. hah duit syiling tu korang simpan je dalam poket. jangan guna untuk bayar apa-apa. balik je rumah terus masuk tabung. Contohnya korang beli suratkhabar RM1.50. korang bayar RM2. Pastu baki RM0.50 tu masuk tabung. Senang je kan.
  • Pastu korang boleh jimatkan bil air, api dan telefon. Tak susah pun. Korang yang ada handphone tu lebih baik SMS dari call. Kan jimat. tapi kalu urgent tu tak perlu a SMS. tengok tempat dan masa la.
  • Tahukah korang kalu korang beli air bungkus kat kedai makan, korang dapat lagi banyak kuantiti air tu dari segelas air kat kedai makan tu. Kajian fit menunjukkan air bungkus tu boleh dapat lebih kurang dua gelas. Jadi, tapau-tapau la lepas ni.
  • Sebelum korang nak berbelanja, tak kira la nak shoping atau makan, survey dulu tempat yang betul-betul murah. Jangan main serbu je. Kang kopak poket nak bayar. Lagi sakit hati, kalau ada tempat yang lebih murah lepas beli tu.
  • Kalau korang nak jalan jauh atau gi shoping ke, bawak bekal makanan ringan atau air dari umah. takde la nafsu shopping tu meningkat seiring dengan nafsu makan tu.
  • Kalau ada keta tu, mesti ada motor. Kalau mampu beli kereta takkan tak mampu nak beli LC135 ke? Harga RM6000 je. Takde a low standard sangat kalau segan naik motor. Kalau takde motor pun, paling koman ada basikal jadi a. Tujuannya, kalau nak gi tempat yang dekat tu tak perlu guna kereta. Jimat minyak sikit guna motor. Kalau guna basikal lagi jimat. Apa-apa pun, guna helmet canggih skit. Safety first. Tak perlu a berjimat sampai keselematan pun diabaikan.
  • Rumah korang ada nyamuk tak? kalau ada korang guna pe? Ubat nyamuk elektrik atau coil? Sekarang, lupakan semua tu. Tiap-tiap bulan nak beli ubat tu semua kopak la poket. Gantikan semua tu dengan Kelambu. Lagi jimat kan.

Itu je tips yang fit ada setakat ni. Kalu ada fit sambung lagi di entry yang lain. Dah maghrib ni. Sudah-sudah la tu nganga depan laptop!




P/s: Sebelum sambung belajar nak kumpul duit banyak-banyak. Selesa sikit nak hidup. heh



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

9 BUZZ!!!:

Muhammad Khairul Arif said...

kalau ade kete tu kene ade basikal,haa baru jimat!!

XD

ps:walking nuff zzzz

nursarah said...

bab bukak akaun ASB tu, mmg baru plan nak wat...

Mr Kamikaze said...

info yg bagus..tahniah.

F I T said...

@Muhammad Khairul Arif basikal memang jimat..tapi sanggup ke nak kayuh haha moto a best..rilex skit..

@nursarah apsal baru nak wat plan? start a sok..sng je..heh promote ni..

@Mr Kamikaze heh ok :)

intan izani said...

bagus2... menabung duit syiling mmmg cepat penuh .. :)

F I T said...

@intan izani a'ah memang cepat..pastu kena cepat simpan dalam bank a..baru nampak hasilnya.. :)

ieQa sWetLuv said...

ASB..da wat lame dah..

simpan wet syiling dlm tabung.. memang da buat da.. hehe

mesej or call.. x yah wisau sbb aku men campak2 bawah katil je nset ni..jd x luak r

tp bab g kedai makan tu aku x wat..malu je kot haha
wat gtu ke??ngee~

F I T said...

@ieQa sWetLuv malu rugi a..hehe takpe..kalu nak beli air dgn kawan beli sebungkus dah a..cukup untuk dua orang :) heh ni financial plan dah ada mesti kahwin cepat haha jemput2 a nanti ek :P~

Anonymous said...

setuju setuju setuju

Post a Comment