Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Thursday, January 14, 2010

Tips pikat boss (bukan tips nak goda tapi jadi pekerja kesayangan syarikat.)

Bila boss suka kat korang... haha!


Hari ni terjumpa buku nota conteng-conteng masa kat universiti dulu. Selak punya selak ada banyak gak nota yang fit tulis. Agaknya conteng-conteng kartun lagi banyak kot dari nota. haha.. Pastu ada terjumpa tips masa gi taklimat kerjaya masa final year masa kat universiti dulu.Time tu dah bosan sangat fit catit la apa yang diorang bebelkan sambil conteng ntah apa-apa ntah.

Kalau korang nak tau camna jadi pekerja dan bos yang berjaya serta macho tak pun silap-silap boleh cepat naik pangkat korang ikut la tips dan sikap-sikap dibawah ni, mesti colleague korang respect korang dan boss pun suka untuk promote korang:

  • Jadi pendengar yang baik. Dengar masalah rakan sekerja dan beri nasihat yang bernas, jika perlu.
  • Ceria selalu dan tidak terlalu serius agar lebih mudah didekati dan bukan ditakuti.
  • Menghormati setiap peringkat manusia, tidak kira sama ada mereka berpangkat rendah atau tinggi.
  • Tidak sombong dan tidak meninggi diri, walaupun anda mempunyai kedudukan akademik yang tinggi.
  • Sanggup menerima kritikan dan berfikiran terbuka.
  • Sedia menerima pendapat pekerja bawahan atau atasan asalkan ia boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepada jabatan atau organisasi.
  • Amanah dan boleh dipercayai untuk menjalankan tugas.
  • Menjadi pekerja contoh yang baik kepada pekerja-pekerja lain. Datang kerja tepat pada waktu dan tidak pernah ponteng kerja.
  • Menegur pekerja yang membuat silap, tetapi bukan di depan khalayak ramai.
  • Tidak mudah menggelabah apabila menghadapi sebarang masalah tetapi sabar dan memberi tumpuan untuk mencari jalan penyelesaian.

Cuba bayangkan yang korang ni boss dan ada seorang pekerja yang ada semua kriteria kat atas. Apa korang nak wat? Sure korang akan jadikan dia harta company. Disebabkan nak dia keja lama kat company korang mesti korang bagi bonus lebih kat dia.

owh bagaimana pula kalu korang jadi pekerja tu? tak ke bertuah tu dapat langkah kanan.


P/s: usaha lif kejayaan!




[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

7 BUZZ!!!:

menteil said...

thanks!
w/pun baru hari ni aku nak gi interview.. huhu..

cik EPAL said...

tak suka bos gatal

F I T said...

@menteil owh ye ke?gudluck ek!

@cik EPAL a'ah..teringat cita cik EPAL dgn boss gila tu..memang gila a..^_^

ieQa sWetLuv said...

belum rase ade bos lagi.. wat masa ni bapakku la bos yg terbaik huhu (sbb kat uma aku la bibik sepenuh mase ngee~)

F I T said...

@ieQa sWetLuv takpe..berkhidmat sebaik mungkin utk boss tu..nnti dapat a upah moto sebijik ke keta sebijik ke hehe

Independent Queen said...

Saya menepati ciri2 tersebut.. hahaha. Patut le boss tak kasi berhenti kerja..!!

F I T said...

@IQ a'ah kan..boss mana tak sayang pekerja yang dedicated kt keja..perghh leh dapat anugerah pekerja bulanan ni hehe

Post a Comment