Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Thursday, January 28, 2010

Why I Like It Longer

Hidup ini tak selalunya indah. Kadang-kadang aku bangun pagi je dah kena marah. Eh, bangun pagi ke tengah hari? Hehe, jangan marah a!




Mana la mak aku tak marah. Tidur pun dah macam beruang kutub yang tengah berhibernasi je. Bukan tu je, mak aku selalu marah kenapa aku asyik menghadap komputer je tiap-tiap hari. Dah macam takde hidup. Sosial pun lagi la lingkup. Sebenarnya aku bukan saja-saja tak nak keluar rumah, tapi godaan tu yang buatkan aku susah nak keluar rumah.

Korang bayangkanlah dengan monitor komputer aku yang panjang tu, mana tahan godaannya nak main game. Best tu monitor panjang-panjang ni! Kalau main 'Counter Strike'; game yang tembak-tembak tu, sah-sah musuh tak boleh serang hendap, semua lubang hidung musuh mesti nampak punya! Apatah lagi main permainan lain. Mesti menang punya sebab monitor yang panjang-panjang ni memang terang lagi bersuluh, jelas lagi nyata! Hohoho! Dah gelak cam musuh jahat je.




Bestkan rumah aku? Siapa yang masuk je mesti tak nak keluar. Jadi, sebab tulah aku malas nak keluar rumah.

Erm kadang-kadang tu memang ada rasa sunyi. Korang tahu la kan aku ni, teman hidup pun takde. Ye la. Dah la aku ni tak segak. Rambut pun mengalahkan tayar kereta yang dah guna bertahun-tahun. Siapa la yang sanggup nak bertemankan jejaka hancus cam aku ni.

Oh, tapi cuba bayangkan kalau aku ada rambut panjang macam Faizal Tahir dulu tu. Kan best! Senang nak dapat teman keluar jalan-jalan. Jangankan Juliana Evans, Julia Roberts pun mesti nak dekat punya. Rambut panjang punya pasal, mesti aku ada bayang-bayang cam Lee Min Ho sikit. Mata pun dah sepet ni. Lee Min Ho punya peminat jangan marah a. Hehe!




Tapi apakan daya. Asal rambut panjang sejengkal je, sakit kepala. Asal sakit kepala je, rambut panjang sejengkal. Adoi! Agaknya cuaca sekarang ni panas sangat kot. Huh, terpaksa lupakan hasrat nak berambut panjang. Dan juga melupakan makwe-makwe yang cun dan segak tu semua! Ermmm...

Ah pedulikan! Aku tak kisah sangat makwe-makwe tu semua. Yang aku teringin sangat sekarang ni nak gi tengok konsert. Tapi yang menjadi masalahnya sekarang ni, aku ni pendek a. Kalau dapat tempat yang betul-betul depan pentas takpe gak. Nak tackle Mila pun senang. Lagipun kitorang sama pendek tau. Sesuaikan? Hehe! Tapi tu lah. Nak dapat tempat yang betul-betul depan pentas punya la susah gila. Korang bayangkanlah manusia kat konsert tu punya la sesak macam tin sardin, terus hilang harapan nak tackle Mila. Adoi!

Oh, cuba bayangkan lagi kalau diri aku ni lebih panjang dari orang lain? Wah kalau tengok konsert, sah-sah aku rasa konsert tu aku yang punya. Betul la kan kalau panjang-panjang ni memang terang lagi bersuluh, jelas lagi nyata? Haha.




Itu semua angan-angan belaka. Apa nak buat? Tak dapek den nak nolong. Tapi cuba korang bayangkan, kan bagus kalau ada jin dari lampu Aladdin ke atau ada poket Doraemon ke, boleh gak tolong aku apa yang patut.

Adoi aku ni dari tadi tak habis-habis dengan 'bayangkan'. Gila bayang ke apa? Ah lupakan itu semua. Sekarang ni apa kata korang 'rasa' sendiri kelebihan panjang tu. Tak perlu nak gila bayang macam aku dah. Macam mana? Ini LG boleh bantu korang!

Baru-baru ini, LG dengan bangganya memperkenalkan sebuah telefon bimbit terbarunya dengan rekaan skrin yang lebih panjang demi memenuhi kriteria sebagai sebuah telefon bimbit Definasi Tinggi (High Definition) dan telefon bimbit tersebut diberi nama LG Chocolate BL40. Berbeza dengan rekaan terdahulu iaitu LG Chocolate BL20, rekaan kali ini menampilkan fungsi skrin sentuh sepenuhnya.




LG Chocolate BL40 juga tampil dengan saiz skrin lebar LCDnya sepanjang 4 inci dan skrin LG Chocolate BL40 ini diperbuat dari kaca khas yang melalui proses pemanasan haba yang tinggi untuk lebih ketahanan dan paparan yang lebih jelas serta 'cun'. A'ah saiz skrinnya memang agak panjang berbanding telefon bimbit lain yang berada di pasaran. Ingat, kalau panjang-panjang ni memang terang lagi bersuluh, jelas lagi nyata.




Disebabkan LG Chocolate BL40 adalah telefon Skrin Lebar Berdefinasi Tinggi, sudah tentu ia memiliki fungsi hiburan berpemandangan luas (Panoramic Entertainment). Ianya seolah-olah korang menonton filem berdefinasi tinggi seperti di pawagam! Perghh! Selain itu, demi memenuhi kepuasan pengguna telefon bimbit tersebut terhadap fungsi Definasi Tinggi, LG Chocolate BL40 telah diselitkan dengan fail istimewa dari filem paling berjaya abad ini yang berjaya mengalahkan kutipan filem Titanic iaitu AVATAR! Gempak tu!




Bukan itu sahaja! Di zaman yang serba canggih dan maju ini, korang mesti tak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan internet masa kini. Jangan risau. LG Chocolate BL40 tampil dengan fungsi paparan penuh laman web serta fungsi pisahan skrin untuk paparan e-mail korang secara serentak. Memang sangat memudahkan hidup korang. Ianya seperti korang membawa laptop korang di dalam poket! Canggih kan?




Bercakap pasal laptop ni, korang mesti tahu kan macam mana seksanya nak bawa laptop korang yang berat dan besar tu ke merata-rata tempat. Memang cukup menyusahkan. Tapi semua itu akan menjadi sejarah kalau korang memiliki LG Chocolate BL40 ni sebab ianya ternyata cukup ramping mengalahkan pinggang Erra Fazira! Cakap saja poket mana, semuanya muat untuk diisi dengan LG Chocolate BL40 ni.

Tambahan pula, fungsi dan perisiannya memang lengkap untuk seseorang yang sibuk dengan urusan pejabat. Tak perlu dinafikan lagi! Nak main 'game'? Bila-bila masa pun boleh main 'game' dengan LG Chocolate BL40!




Wah makin besar godaannya sebab banyak kelebihan yang ada pada LG Chocolate BL40 ni. Dan lagi godaan yang paling mencairkan hati ialah fungsi sentuhannya yang didatangkan dengan pelbagai fungsi.

Dengan adanya fungsi skrin sentuhan sepenuhnya ni, LG berjaya membina fungsi 'Gesture Shortcut' dalam telefon bimbit tersebut. Contohnya kalau korang nak buka aplikasi pelayar web, cuma buat simbol huruf 'e' di atas skrin tersebut maka terbukalah aplikasi pelayar web secara automatiknya. Apa-apa simbol pun boleh korang setkan. Itu korang punya sukalah nak letakkan simbol apa-apa pun untuk 'shortcut' aplikasi. Mudah gila!




Selain itu, skrin sentuh telefon bimbit LG Chocolate BL40 ni juga ada fungsi 'multi-touch' dimana korang boleh besarkan gambar atau apa jua paparan di skrin dengan hanya menggunakan dua jari korang. Tak cukup dengan tu lagi, LG juga meletakkan fungsi salin dan tampal dengan hanya satu sentuhan. Betul-betul canggih tu!

Jadi, antara kemahuan atau keperluan, antara mahu atau tidak, tak kira apa jua alasan korang, korang mesti memiliki LG Chocolate BL40 ni sekarang. Sejajar dengan perkembangan teknologi 'Definasi Tinggi' yang semakin pesat berkembang, memang amatlah perlu untuk korang memiliki LG Chocolate BL40 sekarang juga! Adanya LG Chocolate BL40, hidup korang sememangnya akan indah sentiasa!

Apa? Korang takde makwe lagi? A'ah ni salah satu sebab yang wajib dan penting kenapa korang mesti memiliki LG Chocolate BL40 ni! Jangankan Juliana Evans, Julia Roberts pun mesti cair punya!




Iklan komuniti Malaysia ini dibawakan khas untuk korang oleh FITRIHADI dan LG!



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

2 BUZZ!!!:

Sendra said...

wahh..entry pasal phone lg yang ni yang buat aku bersemangat juga nk join ni..thanks bg semangat kat aku secara tak sengaja..nway,goodluck kat kau jug

F I T said...

@Sendra ok thanks for coming!

Post a Comment