_
*Rasa nak tepuk dahi je bila baca balik blog ni. Adeh..*
Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM
-admin

Sunday, February 21, 2010

Cash-out Pertama Selepas 5 ke 6 Bulan Bersama Nuffnang

Wah rambang mata kebelakangan ni sebab ramai yang share pendapatan Nuffnang diorang. dan of course fit ada a little bit jealous. tapi itu tak bermaksud nak dengki ke apa, just jealous sebagai perangsang untuk lebih berusaha.

Fit mula blogging dah lama. Sejak Nov 2008. tapi masa tu belum pasang Nuffnang lagi. Maybe tak tertarik lagi dengan Nuffnang sebab sibuk dengan hal universiti. Takde masa nak fikir blog secara serius.

Then bila dah habis belajar, barulah fit mula serius dengan Nuffnang dalam blogging. Mula usaha bangunkan web info harga kereta Malaysia tu. Dan mula letak iklan Nuffnang sejak Julai 2009. Sejak dari tu banyak perubahan layout dan penulisan dalam blog-blog fit seiring dengan pembelajaran fit dalam dunia coding dan blogging ni.

Jadi selepas 5-6 bulan berblogging, inilah hasilnya dari Nuffnang. Baru je nak cash-out hujung bulan Januari lepas.



Tapi bukan itu sahaja. Dengan Nuffnang juga fit menang tempat ke-dua untuk Flymas.mobi Blog Contest. Dapat tiket kapal terbang dari MAS ke mana-mana destinasi ASEAN. Inilah kali pertama fit menang hadiah paling lumayan untuk mana-mana contest selain Malaysia Netrider Challenge tu (3rd runner - Dapat sijil dan voucher buku je.. adoii).

Jadi tak rugi kalau korang join Nuffnang. Dan kepada freshie Nuffnang yang baru berkecimpung dalam dunia Nuffnang ni berusaha lah naikkan trafik/reader ke blog korang. Baru naik earning tu. Mana ada lepas sehari join terus dapat RM10. Fit ni lepas 5-6 bulan pasang iklan,baru nak capai hampir RM100. Tu je pesanan untuk freshie Nuffnang sekalian.

Thanks for your support! Also thanks to Nuffnang and MAS!


P/s: Happy Sunday. Kalau korang bosan gak hari ni nampak sangat korang takde pakwe/makwe yang nak keluar dating.. kalau ada pakwe/makwe pun still bosan, sah-sah korang gatal nak kahwin hahaha betul tak?



Tuesday, February 16, 2010

Cara remove @ buang link 'Subscribe to: Posts (Atom)'

Contoh dari blog harga-kereta

Hi. Tengah hari ni memang panas betul kat Perlis ni. Berita pun baru je confirmkan yang Chuping, Perlis mencatakan suhu tertinggi iaitu 36 darjah celcius. Perghh memang panas!

Apa pun tengah hari ni fit nak share lagi satu tutorial. Korang perasan tak semua template blogger.com mesti ada link 'Subscribe to: Posts (Atom)' tu. Lokasi link ni terletak pada bahagian bawah sekali selepas post entry korang. Fungsinya hanyalah menyambungkan blog tersebut kepada feed address blog yang berkaitan.

Tapi bagi fit link tu tak cool a. Sebab kalau ada link tu tak nampak blog tu macam website sebenar (walaupun hakikatnya guna blogger.com je). hehe Apa pun, fit nak share dengan bloggies semua pasal cara nak buang link 'Subscribe to: Posts (Atom)' tu.

  1. Masuk DASHBBOARD - LAYOUT - EDIT HTML.
  2. Klik kotak 'Expand Widget Template'.
  3. Cari coding seperti di bawah ni menggunakan tool find (tekan keyboard ctrl + F).

  4. <b:include data='feedLinks' name='feedLinksBody'/>

  5. Padamkan coding tersebut. Dah siap!


Macam mana? Dah hilang link 'Subscribe to: Posts (Atom)' tu? Kalau hilang bagitau kat kengkawan. Kalau tak hilang bagitau fit :-)


P/s: Hujan oh hujan kenapa engkau tak turun?



Static Page Untuk Blogger.com

Korang sedar tak Blogger.com dah lancarkan fungsi terbaru untuk kemudahan bloggies semua. Fungsi tersebut adalah Static Page.

Static Page ni fungsinya seperti entry yang takde tarikh. Maknanya page tu tak masuk dalam post entry korang lah. Static Page ni sesuai untuk korang buat 'About Me' page ke atau 'Contact Me' page ke dan page lain yang sewaktu dengannya. Lepas tu korang boleh guna link static page tu untuk letak link tu kat navigation bar korang atau mana-mana tempat yang korang nak. Memang berguna untuk pengguna blogger semuanya.

Cara nak buat Static Page ni mudah je;

  • Log-in akaun blogger.com korang.
  • Bila dah ada kat dashboard korang klik 'EDIT POST'
  • Lepas tu klik tab 'EDIT PAGES' tu.
  • Dari situ, korang klik je 'NEW PAGE'


  • Tulis je apa korang nak. Contohnya fit tulis pasal 'About Fit'. Bila dah siap dan pilih option yang sesuai, klik je 'PUBLISH PAGE'



  • Dah siap. Korang boleh dapatkan link page korang tu kat link 'view' page korang tu. Boleh a korang letak link tu kat navigation bar atau mana-mana tempat yang korang nak tanpa perlu guna link yang berbentuk seperti entry bertarikh!

  • Kalau korang nak buat link list untuk Static Page ni pun boleh. Sekali korang dah buat Static Page tu, maka akan bertambah satu gadget kat Page Element korang iaitu 'PAGES'. Bila dah masuk dalam gadget 'PAGES' tu, korang pilih je mana satu link static page yang korang nak masukkan dalam link list. Senang kan?

*Siapa yang tak tahu, Page element tu korang masuk dari DASHBOARD - LAYOUT - PAGE ELEMENT.


Jadi, siapa kata guna blogger.com tak boleh jadi seperti website dan berjaya. Memang boleh je. Yang penting kena belajar dari bawah. Cuba dulu baru tahu. Selamat Mencuba!



Monday, February 8, 2010

External Hard Disk Tak Detect?




External hard disk korang ada problem tak boleh detect tak? Btw, fit ada ikhtiar. Tak perlu keluar duit pun. Apa-apa pun cuba dulu.

External hard disk yang susah nak detect ni maybe sebab dah lama. Dia punya usb plug tu jadi kurang efisyen. Fit punya external hard disk pun dah susah nak detect. Tapi dengan solution yang fit baru discover ni, tak perlu risau lagi nak fikir beli external hard disk baru.

Caranya, usb tu korang cucuk slow-slow. Paling slow yang korang boleh. Pastu tunggu jap sampai pc korang terangsang.. heh kalau tak detect gak cuba lagi cucuk slow-slow. Sebab kenapa korang kena cucuk slow-slow tu supaya ada lebih electric shock kat usb plug tu. Kalau cucuk laju-laju maybe PC korang tak sedar kehadiran external tu. Tu yg susah detect tu.

Fit tak pernah lagi tukar external hard disk walaupun kengkadang external hard disk tu tak detect. Cuba dulu guna cara ni. Senang dan jimat duit!


P/s: Err.. kalau tak detect langsung, korang beli baru la senang cita.. patah tumbuh, hilang beli baru! :)



Thursday, February 4, 2010

Hadiah-Hadiah Terbaik Untuk LELAKI!

Girls! Stop giving your boyfriend or whatever your partner a TEDDY BEAR! Yup lelaki tak suka dapat barang yang takde guna sebab kaum lelaki rasa barang yang takde guna tu macam membazir duit je. Betul tak, guys?

Entry kali ni, fit nak bagi panduan atau list barang yang sesuai dijadikan hadiah kepada lelaki atau kaum adam. Tak kiralah untuk boyfriend ke pakwe ke balak ke suami ke abang ke ayah ke bapa ke. Hadiah tu pulak tak semestinya untuk hadiah hari jadi je, boleh je buat hadiah hari lahir ke, eh sama la kan haha. a'ah boleh gak buat hadiah hari bapa ke, hadiah penghargaan ke, hadiah anniversary perkahwinan ke hadiah nak pujuk ke.

Ini antara barang-barang yang boleh dijadikan hadiah untuk lelaki (and for sure they gonna love them! Percayalah!);

  • Electric shaver - korang bayangkanlah tiap-tiap pagi your guys nak bercukur, for sure lah diorang perlukan benda ni. Lepas tu mesti bila dia shave, dia teringatkan korang. Hah kan sweet tu. Ingat, electric shaver lagi bermakna dari yang biasa punya shaver :)


  • PSP/Portable Game - A'ah ni bagi kaum hawa yang gila shopping. Tolong la kasi PSP ke Nintendo DS ke. Bukan pe. Korang kalau shopping satu hari pun tak habis. Kitorang kaum adam ni punya la seksa menunggu nak ikut korang gi tengok satu-satu kedai. Kurang-kurang kalau korang bagi PSP ke boleh gak layan time tunggu korang habis shopping tu :P


  • Glove/Jacket - Pasangan korang minat motor tak? keta ke? Korang mesti risau keselamatan diorang kan. A'ah time ni la nak tunjuk yang korang care kat pasangan korang. Bagi la glove yang ada shield tu, takpun kasi je jacket yang selesa untuk pasangan korang. Takde la dia basah time hujan ke bercalar time jatuh ke. Penting tu untuk safety!


  • Digital Alarm - A'ah Pasangan korang malas bangun pagi tak? Sah-sah dia terlepas Subuh kalau bangun lambat! Takkan korang nak biar dia hanyut kot. Ni la masanya korang bimbing pasangan korang sikit. Baru pasangan korang tau yang korang ni boleh jadi isteri mithali. Jangan beli jam Hello Kitty yang jarum tu. Kang terbiar gitu je. Kurang-kurang beli Digital Alarm yang stylish skit. Baru pasangan korang bersemangat nak letak alarm tu kat sisi katil diorang.


  • Pouch Bag - kengkadang kitorang lelaki ni malas nak menyelit barang-barang kitorang macam wallet, handphone atau apa-apa je la dalam poket seluar. Tak selesa sebab panas dan susah nak bergerak. Tambah-tambah kalau pakai track suit. Poket track suit ni leceh sikit a. Goyang sana sini. Jadi, kengkadang ada pouch bag pun berguna gak. Kalau ada pouch bag boleh sumbat semua benda dalam tu. PSP pun senang nak bawak. Pastu galas je kalau tanak pakai kat pinggang. Kalau girl yang kasi lagi best. Tapi jangan bagi pouch ala Barbie Doll sudah. hehe


  • Gaming Mouse/headphone/keyboard - alaa semua lelaki yang ada PC kebanyakannya kaki main game. A'ah kaum hawa kena la support sikit. Baru pasangan korang hargai kehadiran korang. Tak susah pun. Korang cari je mouse yang 'dpi' dia lebih dari 1600. Itu baru mouse power. Tak pun cari je Gaming Mouse. Senang cita. Tak pun korang cari je headphone yang bunyi base dia power-power. Kalau takde gak, korang cari je keyboard yang canggih-canggih sikit. Ini kalau korang bagi kat pasangan korang memang confirm dia sayang korang lebih a. Silap-silap dia propose korang. cewahhh!


  • Kereta Kawalan Jauh/Replika - lelaki mana yang tak obses dengan kereta? Semua lelaki suka kereta a. tak kira a kereta betul ke kereta bengkok ke janji kereta. Lelaki ni kurang-kurang tak dapat beli keta betul dapat keta mainan pun jadi la. Alah kalau korang tak mampu nak beli kereta kawalan jauh tu, beli je replika macam yang dapat free kat Shell dulu tu. Kat 7-Eleven berlambak replika kereta tu semua. Kaum adam ni suka je collect benda-benda kecik atau replika cam kereta, robot, jet pejuang dan barang-barang yang sewaktu dengannnya!


  • Perfume - pasangan korang busuk tak? ataupun takde bau? mesti korang tak terangsang atau tak bersemangat nak date dengan dia kan.. a'ah bagi a perfume..baru korang ada semangat sikit nak berkepit dengan laki masing-masing. Suruh dia pakai perfume tu time korang date. Mesti dia suka punya sebab dia fikir korang nak jugak dia kelihatan wangi dan segak di hadapan orang. ye tak?


Hadiah coklat, pen, wallet atau jam tangan tu dah biasa a.. kalau takde idea dah korang bagi je la benda-benda tu. sebagai ganti yang lama kira ok gak. Coklat tu masuk perut a haha

Apa pun selamat berbulan bahagia pada yang dah berpasangan!



Wednesday, February 3, 2010

Ukur Kelajuan Laman Web Korang


Hi. Sekarang dah agak tengah malam buta. Jadi nak cepat sikit menaip. Entry ni fit nak letak alat untuk ukur berapa lama masa yang diperlukan oleh laman web korang untuk di'upload'. Kebanyakan bloggies kata alat ni alat timbang berat blog. Woo lepas ni blog siapa-siapa yang terlebih berat tu boleh lah ambik Jus Diet Mate-5 dari Dr Rozmey tu hehe

Actually, 'Website Speed Test' ni maybe dah ramai tau. Tapi fit nak letak gak tool ni sebab senang nk refer dalam blog fit ni. Tak perlu cari laman web tu dah. Masuk blog fit je dah leh ukur. Senang sikit! Cita banyak pun 'useless'. Jom tengok blog korang dalam kategori heavyweight champion ke lightweight champion? hehe


Camna nak guna alat ni?

1. Masukkan alamat laman web yang korang nak periksa kelajuannya dalam kotak teks.
(eg. fitrihadi.blogspot.com)

Korang boleh masukkan hingga 10 laman web berlainan untuk periksa kelajuan web-web tersebut. Lepas masukkan alamat laman web pertama tekan butang Enter kat keyboard korang dan masukkan alamat laman web baru pada baris seterusnya!

2. Klik buttan 'Check!'!


Selalunya kalau nak laju korang mesti dapat dalam 100kb-150kb. Kalau lebih tu menunjukkan 'page load' korang slow sikit. Selamat mencuba!


















Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)




(eg. iwebtool.com)








Powered by iWEBTOOL



Nak Modified Kereta? Baca Ini Dulu Sebelum Korang DiSAMAN!



PENGUBAHSUAIAN YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

• Pemasangan spoiler udara di bahagian hadapan dan belakang
• Pemasangan side skirt, aerofoil door visor pada kereta
• Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta
• Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiator, bonet atau bentuk serta reka bentuk lampu.
• Pengubahsuaian kecil dan melebarkan tyre wings atau muduard
• Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau gentian kaca) pada bahagian hadapan ataua belakang
• Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar
• Pemasangan para bumbung
• Pemasangan sun roof di atas bumbung
• Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber)
• Pemasangan lampu limpah atau lampu halogen (berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada
• Pemasanagan pengadang angin, penutup lampu gentian kaca dan penutup enjin gentian kaca pada hadapan motosikal di mana aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.
• Penggunaan cermin gelap atau penampalan berwarna di bahagaian atas cermin hadapan sebanyak 20 peratus dari lebarnya dan di cermin tingkapsukuan


PENGUBAHSUAIAN YANG MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

• Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor
• Pengubahsuaian ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan
• Pengubahsuaian dari kereta saloon kepada kereta convertible
• Pengubahsuaian ke atas sistem bahan api
• Pengubahsuaian ke atas sistem brek
• Pengubahsuaian ke atas sistem steering
• Pengubahsuaian ke atas bes roda kenderaan
• Penggunaan badan gentian kaca bagi menggantikan keluli
• Penukaran enjin

PENGUBAHSUAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN OLEH JPJ
• Lampu kelip-kelip (selain lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta
• Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau
• Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada
• Pemasangan lampu limpah pada bahagian belakang kereta
• Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70 peratus.



Tuesday, February 2, 2010

Parcel From Mars III - GTO Blog Quiz

Tengah hari ni, baru je letak kepala atas sofa sambil layan Nokia Express Music cabuk yang melalak lagu inggeris, tiba-tiba ada posmen datang. Dapat sepucuk surat yang tertera nama fit. Nama dah betul. Alamat je lain skit. takpe bro janji sampai. hehe

Semalam dapat parcel dari KFC. Hari ni dapat lagi. Kali ini dari Bro Eyriqazz sebab fit dapat teka paling hampir tujuan bro Eyriqazz beli buku "Study Smarter, Not Harder". Siap kena terjah lagi. dan hadiahnya voucher KFC bernilai RM10. wahhh rezeki jangan ditolak. Thanks Bro Eyriqazz!


Thank you very much bro Eyriqazz!

Campur dengan kupon Zinger Tower Burger 2 ketul semalam, dah cukup untuk 3 orang kat rumah ni hehehe murah rezeki kitorang! insyaallah petang ni nak gi tebus. melantak KFC a kitorang malam ni. :D


P/s: Alhamdulillah ya-Rahman! Aku bersyukur atas segala nikmat yang diberi... :)

P/p/s: korang bosan ek dengan entry gini? nanti a..petang o malam kang fit publish advertorial LG BL40 tu kalau siap. tak pun share tips yang baru! heh Peace!



Monday, February 1, 2010

Parcel From Mars II - KFC Feed Me Fast Contest

Petang ni, time tengah sedap tido lepas berpenat lelah menyiapkan advertorial LG BL40, ada call plak dari android mana ntah suruh datang ambik parcel. Once again kena gi ambik kat tepi jalan which is depan IKM Beseri sebab mamat tu tak tahu rumah fit.

Jadi dengan hati yang girang, terus keluar start Kuda Lagenda ZR fit dan berdesup macam lipas kudung nak gi ambik parcel from Mars tu. Dalam hati terbayangkan tiket flight dari MAS. hehe

Parcel from Mars abx Express

Bila dah ambik dan bawak balik rumah, rupa-rupanya dapat dokumen dari KFC. Oh ni mesti pasal Feed Me Fast Contest yang dalam poker facebook tuh. Dah seminggu contest ni habis. Lambat lak fit dapat sebab fit lambat hantar personal detail. Tapi takpe a. Janji dapat. Jangan burn sudah. Penat woo nak tunggu hint. Macam tunggu nak guna toilet yang penuh dan sesak. haha

KFC best serta menggemukkan! :)

A'ah jadi dapatlah dua ketul Zinger Tower Burger tu. Dia kasi surat yang ada sticker berkilau KFC tu untuk tebus dua ketul Zinger Tower Burger tu. Dah macam surat pengumuman sekolah je. Adoi ingatkan dapat cam voucher yang ala-ala cek tu. Apa-apa je la janji kertas 2 keping tu ada nilai :P


Ini bukan sebarang kertas, ini Zinger Tower Burger lah!

Maybe esok nak gi tebus. Boleh a share makan dengan mak dan abang. Tinggal kita tiga orang je kat rumah ni.

Apa-apa pun, Thanks kepada Encik KFC kerana bagi Zinger Tower Burger sebanyak dua ketul. haha kenyang tu walaupun makan seketul! Tebal bukan main lagi.


P/s: Alhamdulillah kebelakangan ni rezeki betul-betul murah a. Jazakallah Ya Rahman!