Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Monday, February 15, 2010

Ada apa dengan KAMPUNG?

Cuti tahun baru cina dah nak habis.. Blog fitrihadi ni pun cuti sama kot. hehe saja nak ambik MC jap. baru otak ni boleh refresh balik. Sebelum cuti tu fit ada gi Perak sebab jadi driver kakak. Dia nak balik perlis.

Dan dalam cuti ni jugak banyak gak kenduri yang ada. Wah asal cuti je kenduri, asal kenduri je cuti. Patutlah perut makin memboyot je. Korang pun mesti sama je. hehe

Sepanjang cuti ni fit ada fikir best ke balik kampung?sebab fit dah memang duduk kat kampung, jadi tak terasa sangat camna rasanya balik kampung. Dalam mencari apa yang bestnya kampung, fit cuba snap beberapa gambar di sekeliling rumah fit dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannnya. Korang tengok lah sampai habis. Apa pendapat korang? Best ke kampung?

Ini pemandangan masa pagi buta kat tepi rumah fit. Kabus pun tebal lagi tambah-tambah kalau hari sebelumnya hujan lebat. Apa yang best dalam gambar ni adalah sarang labah-labah tu. Jarang nak jumpa sarang laba-labah yang besar camtu.



Ini pemandangan pada masa yang sama gak. Ini hadapan rumah fit. Kabus pun tebal sebab semalam hujan lebat.


Ni kat kawasan keliling rumah fit. Dah jelas lagi nyata yang pokok kelapa memang banyak. Pokok ni special sikit sebab walaupun dah tumbang tapi dia still hidup lagi. Pendek je. Tapi agak comel a hehe


Ini bahagian belakang rumah fit. Kawasan disekeliling rumah fit memang banyak pokok kelapa. Bahagian tanah sebelah sana dah masuk sawah orang.


Ni la pemandangan belakang rumah fit. Kat belakang ni sawah je sampailah ke bukit hujung tu. Selepas bukit tu Thailand a. Apa-apa pun, kat kampung memang hijau pemandangannya. Jadi otak pun fresh je. :)


Ini kat belakang rumah tok fit. Dah dekat je dengan bukit tu. Kalau korang naik bukit tu, dah boleh tengok tanah Siam. Masa ni baru lepas menuai je. Jadi takde la hijau sangat. Semua kuning je sebab jerami tu dah kering. Mungkin lepas ni pesawah akan bakar atau tenggala je sawah tu guna traktor. hehe sawah fit ada la kat hujung sana tu.


Ini lak mesin padi. Sawah pun dah banyak yang siap dituai. Jadi tersadai kat situ sementara menunggu sawah yang belum dituai untuk masak. Kalau dah siap semuanya, terus kena angkut naik lori trailer.


A'ah ni lagi satu pemandangan sawah padi. Ini kat kedah. Dekat-dekat Jitra a. Time ni baru balik makan kenduri kat Kuala Nerang.


Jadi apa kata korang? Best ke kampung kat Utara ni? Ada sawah padi je. Fit pun dah bosan tengok sawah padi je. Teringat lak ada orang yang pertama kali datang Perlis atau Kedah tu mesti kata gini;

"Wah cantiknya padang golf tu!"

Tu bukan padang golf.. itu sawah padi lah. haha takpe.. sini memang sawah padi terbentang luas. Memang macam padang golf.



Ini gambar masa fit drive dari Perak masa ambik kakak haritu. 2 orang yang terpantas dan dapat teka fit drive kereta apa, fit nak bagi 2 majalah UJANG keluaran lama setiap sorang. hah teka la.. sila jawab dengan penuh ye contohnya BMW 325i.. pembayangnya? cari entry yang ada kaitan dengan muzium padi. :)


P/s: back to work!



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

2 BUZZ!!!:

smiley said...

heavennye kampung...sofia sangat suke kat kampung..release tension!!! kan kan...

regards,
Triplesmiley

F I T said...

memang heaven..hijau je mata ni..lagipun takde la bising cam kat bandar tu..malam2 dengar bunyi cengkerik je..haha

Post a Comment