Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Tuesday, February 23, 2010

Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya?


Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini pada saya? Well, itu persoalan yang diajukan oleh saudara Aie a.k.a Darkbatman di blog beliau. Tapi bro, mana 'kamera digital ini' nya? Tak nampak pun. Persoalan itu tergantung di situ. Ah persetankan. Yang penting aku nak kutuk sekeras-kerasnya tentang kamera cabuk yang aku guna sekarang. Kutuk handphone tak berdosa kan? hehe

Actually dalam blog aku ni memang penuh dengan gambar. Sama ada gambar tu diberi oleh pakcik Google dan aku masukkan shy guy dalam tu atau aku guna gambar simpanan aku sendiri. Bercakap tentang gambar dari simpanan aku, memang agak menguciwakan hati ni. Bukan pe. Aku guna handphone Nokia 5220 Express Music je..tak caya? korang baca pengakuan eklusif aku yang agak kontroversi DI SINI.

Oh Nokia 5220 Express Music tu fungsinya lebih kepada muzik je. Jadi kualiti gambar agak sedikit hampeh di situ. Ini buktinya!


Kan dah blur gambar. Bak kata orang tua kampung aku; DISASTER! Itulah.. Nak bersuka ria dan bergumbira pun dah bertukar jadi angin spoil spoil bahasa.. adoii dari situ terhasillah suara-suara sumbang yang menyumbang kepada pemandangang yang tak sedap mata memandang. perghh macam A. Samad Said laa..


Pada pagi besoknya selepas hari kejadian, disebabkan ketidakpuasan hati yang masih memuncak, aku pun mengajak kawan-kawan aku yang bernama Remy Ishak dan juga Hanc Isaac berjalan lagi. Kitorang tangkap gambar lagi.

Erra Fazira lalu kitorang tangkap gambar. Umie Nazira lalu kitorang tangkap gambar. Syarifah Syahirah lalu kitorang buat tak tahu je. haha jangan marah ek akak. Kitorang nak beraja lawak je. Last-last seketul gambar pun tak lekat. Hadoi!!! Memang hampeh guna kamera handphone cabuk tu. Kitorang yang hangin mula nak mengeluarkan aura ketidakseimbangan kelapa otak tahap super saiya ke 2.5.

Tiba-tiba ternampak ada minah ni tengah tangkap gambar guna handphone. Muka dia sebijik macam 'Britney Spears'. Tapi kitorang tak dapat nak tangkap gambar muka 'Britney Spears' tu sebab dia tanak layan kitorang. Lantas terjadilah perang dingin yang agak extreme sehingga ke paras beku kerana 'Britney Spears' tu tak nak layan kitorang sampai kitorang blah. Jual mahal tul. Huh.


Apa-apa pun guna kamera handphone ni bukan setakat masalah gambar blur je. Kadang-kadang bila memory dah full, handphone ni delete ikut suka hati dia je. Parah tul kalau gambar tu betul-betul penting. Lagi parah kalau nak guna gambar tu untuk hantar report yang bos mintak lagi 5 minit. Hadoiiii bak kata jiran cina aku yang bernama Amber Chia; DISASTER!

Kalau hal camtu jiran aku kata DISASTER, kejadian kat gambar bawah ini lak jiran depan umah aku yang bernama Sathiya kata DISC BRAKE. Eh sudah tukar ka? haha

Ye ye memang disc brake sebab pantang je ada view atau pemandangan yang best-best, mesti lambat nak unlock keypad. Pastu terhegeh-hegeh nak cari function camera lagi. Yang lagi 'disc brake'nya bila tiba-tiba je bateri handphone low atau habis.

Perghh betul-betul men'disc brake'kan hari yang ceria. Macam iklan Ribena lak. Ini hari apa? Hari yang ceria..hahaha karang kesian budak tu kena 'emergency brake' takleh cari makan sebab aku ganti dia dalam iklan tu.



Berbalik kepada persoalan 'Kenapa Mr Superman perlu bagi kamera digital ini kepada saya?'. Eh mana satu ni? Mr Superman ke Darkbatman? Hentam saja la. Yang penting bro tetap macho di sebalik topeng superhero mu itu.

Okay bila korang bayangkan kamera digital, apa yang terlintas di fikiran korang? Mesti la kamera digital kan. Takkan batang penyapu lak. hehe gurau je. Ok siapa yang tak nak kamera digitalkan. Bukan kerana functionnya yang canggih serta gempak tapi sebab free! haha ini ayat ikhlas dari hati ni. Takde pun melalui Lembaga Penapisan Filem pun ok. kang kena re-make balik macam filem 'Samseng Jalanan: V3'..haha gurau lagi. Adoi susah nak cerita, korang tengok la gambar bawah ni.

Ye sebabnya, takde lagi gambar blur dengan adanya function anti-shaking. Takde lagi istilah lembap macam siput khinzir. Takde lagi malu-malu nak guna handphone untuk tangkap gambar aweks-aweks. Takde lagi orang nak kutuk-kutuk bila tangkap gambar guna handphone. Dan lagi satu yang tokey kedai kamera suka sebut; TAKDE DISKAUN!! hahaha

Owh siapa kata guna kamera digital tak boleh cari duit. Cuba baca ENTRY ni dulu. Dan gambar bawah ini contoh gambar yang ditangkap menggunakan kamera digital kepunyaan kawan aku yang bernama Lisa Surihani dengan menggunakan mode panorama. Ala mode yang gambar memanjang tu a.. haaa kat handphone mana ada function ni. Kamera digital je ada. Canggih wooo! Baru ada kelas walaupun dah tamat belajar kat sekolah. haha


Akhir kata dari saya; Fitrihadi dan kru Fitra Studio cabuk, Majulah kamera digital untuk negara!


Iklan komuniti Malaysia ini dibawakan khas untuk korang oleh FITRIHADI!


P/s: owh shy guy tak dapat keudara dalam entry ni sebab dia lembap macam siput sedut. Tak dapat nak ajak dia jadi model cabuk fit. FYI, entry ni ambik masa setengah hari iaitu hari ini dan hari ini yang bertarikh 23 Februari 2010 dan pada jam 11.59pm, contest ni tamat. Harap maklum. Sebarang email-mengemail tidak akan dilayan!



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

20 BUZZ!!!:

aien_Raz said...

promote camera ke?? hehe

fitri oh fitri said...

weh, aku nak jugak!





www.fitridzulkifli.blogspot.com

deus X machina said...

semoga ko dapat kamera ni fit....
amin

ko jangan risau
aku akan sentiasa komen blog ko
aku kat manchester skang
erk888

Ah Fatt said...

haha. mantap ler entri ko
layak ko dapat free ne

F I T said...

@aien_Raz
manada promote..hehe

@fitri oh fitri
nak ke?adoi dah tutup a contest ni..takpe gi cari kat kedai..murah je..RM300++ dah leh dapat. nanti mesti tokey kedai tu kata no diskaun haha

@deus X machina
amin hehe thanks support aku..wah bertuah a kau kat manchester.. leh gi stadium team kebanggaan aku..:)

@Ah Fatt
biasa je la..tengok la kalau ada rezeki heh

cik EPAL said...

asal muka tension?? HAkk :D

Eyriqazz said...

kreatif la fit..good luck ya....

miss lolly a.k.a luvfareda said...

semua masuk ontest ni.


semoga berjaya dude :D

F I T said...

@cik EPAL
tension sebab handphone hampeh..hehe sponsor a satu

@Eyriqazz
heh thanks bro..

@miss lolly a.k.a luvfareda
a'ah ramai a..sempat ke dia nak cek semua entry dalam 3 hari? hehe thanks beb..

DaHLia said...

dasat aaaaa mamat ni!!!
menang lagik???

hoho..tahniah bro!!!

F I T said...

@DaHLia
alhamdulillah ada rezeki lebih sikit..bersyukur sangat-sangat ni :)

*~ eLiEnZ 87 ~* said...

perghh.. mantap siottt

deqda said...

tahniah2..huhu..entry ni mmg bestt..)

F I T said...

@*~ eLiEnZ 87 ~*
ye ke?biasa-biasa je kot heh

@deqda
thanks :)

Mr Silent said...

congratulation..!! you got it!!

F I T said...

@Mr Silent
thanks hehe

ejaa said...

hooo bguss..mmg mantap la fitrihadi kalo msok contest.
hahahaa tak da chance nak menang da.
ahhaha:p

F I T said...

@ejaa
alaa ye ke?sekarang saya dah kurang a join contest..don't worry..peluang tu ada je hehe :P

Mr PenyuBiru said...

patutlah bleh menang. kreatif dan funny.hihi

F I T said...

@Mr PenyuBiru
hehe thanks :)

Post a Comment