Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Wednesday, February 3, 2010

Nak Modified Kereta? Baca Ini Dulu Sebelum Korang DiSAMAN!



PENGUBAHSUAIAN YANG TIDAK MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

• Pemasangan spoiler udara di bahagian hadapan dan belakang
• Pemasangan side skirt, aerofoil door visor pada kereta
• Pemasangan protecting guards pada bahagian hadapan dan belakang kereta
• Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiator, bonet atau bentuk serta reka bentuk lampu.
• Pengubahsuaian kecil dan melebarkan tyre wings atau muduard
• Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (sama ada jenis keluli atau gentian kaca) pada bahagian hadapan ataua belakang
• Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar
• Pemasangan para bumbung
• Pemasangan sun roof di atas bumbung
• Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber)
• Pemasangan lampu limpah atau lampu halogen (berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada
• Pemasanagan pengadang angin, penutup lampu gentian kaca dan penutup enjin gentian kaca pada hadapan motosikal di mana aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.
• Penggunaan cermin gelap atau penampalan berwarna di bahagaian atas cermin hadapan sebanyak 20 peratus dari lebarnya dan di cermin tingkapsukuan


PENGUBAHSUAIAN YANG MEMERLUKAN KELULUSAN JPJ

• Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor
• Pengubahsuaian ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan
• Pengubahsuaian dari kereta saloon kepada kereta convertible
• Pengubahsuaian ke atas sistem bahan api
• Pengubahsuaian ke atas sistem brek
• Pengubahsuaian ke atas sistem steering
• Pengubahsuaian ke atas bes roda kenderaan
• Penggunaan badan gentian kaca bagi menggantikan keluli
• Penukaran enjin

PENGUBAHSUAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN OLEH JPJ
• Lampu kelip-kelip (selain lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta
• Pemasangan lampu berwarna biru, ungu atau hijau
• Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada
• Pemasangan lampu limpah pada bahagian belakang kereta
• Pemasangan cermin gelap atau penampalan bahan berwarna pada cermin hadapan, cermin belakang dan cermin tepi di mana kadar ketelusan cahaya kurang dari 70 peratus.



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

9 BUZZ!!!:

Victor Tan said...

Investing in a car is already a big liability (car otr price+ insurance+ furl consumption....). Modifying it is even bigger!

F I T said...

@Victor Tan ya that's true...those who wanna modifying their car must have too much money to spend on their car. :)

kenwooi said...

modifying cars can be costly, and dangerous =)

kenwooi.com

F I T said...

@kenwooi yup dangerous if the spare-part is illegal. I like the regular car. It's better n safe!

Melz said...

hoho..aku baru nak buat pasal kete nie..BLM jer :P miahaha

Mr Kamikaze said...

entry yg sgt beerguna untuk kaki keta..

deusXmachina® said...

aku beli ferrari terus la senang
tak yah nak modified modified nih
erk888

Hazzy Ishak said...

kereta ku standard je
no modifying or watsoever
haha

i think lelaki kot gila modified dari pompuan
heeee

F I T said...

@Melz eh buat je la..ni aku tak olah pun tips ni..ko pandai olah ayat gempak-gempak, buat je la..hehe

@Mr Kamikaze memang sangat berguna. kang suka hati modi kena saman lak

@deusXmachina® Beli je yang dah complete set punya..tak pyh nak modi apa2 dah haha kalau aku nak satria neo CPS..semua dah lengkap dah..

@Hazzy Ishak pompuan tak pyh a modi..kang ada a letak kaler pink..adoii hehehe memang lelaki gila modi keta..pompuan jarang a..

Post a Comment