Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Thursday, February 18, 2010

Pengacara Lagi Lawak Dari Peserta Raja Lawak musim ke-4?

Pagi ni fit terbaca dalam ruangan sms pembaca dalam akhbar Berita Harian yang berbunyi begini;

APA sudah jadi dengan Raja Lawak Astro? Pengacaranya Johan dan Zizan lagi kelakar daripada pesertanya. Rindu lawak 'Sepah'.

Memang ada kebenarannya jugak. Kalau nak diikutkan, fit banyak ketawa bila Johan dengan Zizan ni mengacara Raja Lawak tu. Ada je idea diorang nak buat orang ketawa. Si Johan lepas kahwin dengan Ozlyn ni bukan main ceria lagi. Siap ada jadi Ah Chai lagi. Haiyaa.. Bila mau angkat anak a?

Si Zizan ni plak macam-macam dia boleh buat.Rap la nyanyi la menari la lentuk punggung la semua dia boleh hahaha tapi muka Zizan tak boleh blah a. Slumber je muka dia time buat lawak.




Sehingga entry ditulis, peserta Raja Lawak musim k-4 yang tinggal hanya Kecik, Mamu, Alex dan Idlan. Mungkin malam final Raja Lawak 4 nanti akan menyaksikan persaingan sengit antara team 'Alien' (Mamu), Alex dan 'abang Kassim' (Idlan). Siapa tahukan. Kumpulan Kecik macam kurang menyengat a. Tak berapa yakin sangat dengan diorang. Apapun, aura kekelakaran diorang semua masih kureng jika nak dibandingkan dengan peserta Raja Lawak yang lepas-lepas.



Kalau fit diberi kebenaran untuk menentukan pemenang, mestilah 'Abang Kassim' yang menjadi pilihan. Sebabnya 'abang Kassim ni orang utara. Lagipun dia ni kelakar gila a. Dari malam pertama Raja Lawak musim ke-4 ni lagi abang Kassim ni dah buat orang terbahak-bahak ketawa. Ditambah dengan usikan dari Johan dan Zizan pada 'abang Kassim' ni, dari lawak badan si Idlan yang mengbongkok sehinggalah kepada bunyi pon pon, menambahkan lagi bonus supaya si Idlan ni bergelar Raja Lawak 4 nanti. Mungkin..




Kalau nak diikutkan keputusan sms, tak dapat nak jangkakan keputusannya sebab lain orang lain rasa. Kadang-kadang ada yang mengundi kerana diorang kenal atau tertarik dengan rupa luaran peserta, bukan dari bakat. Memang keputusan undian Raja Lawak untuk musim ke-4 kali ini agak kontroversi kerana sesetengah undian setiap minggu tak seperti yang dijangkakan.




Apapun diharap Idlan dapat menyesuaikan diri dalam dunia seni supaya tak jadi macam Yus Raja Lawak 1. Bukan apa, Idlan ni datang dari keluarga yang agak susah dan tinggal di utara. Sama macam Yus Raja Lawak 1. Memang jauh dari pembangunan. Sebab tu Idlan perlu bimbingan untuk dia bergelar pelawak dan anak seni yang berjaya pada masa hadapan.

Itu pun kalau korang undi dia lah. Hehe cakap macam Idlan ni dah jadi Raja Lawak musim ke-4 ja. Jangan marah a..




Sila undi kerana bakat ye! Kang free-free korang dapat performance yang tak best dan kureng. Pandai makan pandai simpan la.


P/s: Raja Lawak 5? rasanya macam dah ketandusan bakat dan idea lawak... Sepatutnya program Raja Lawak ni kena cuti le jap beberapa tahun.. setuju?

.



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

29 BUZZ!!!:

Aini said...

betul.. lagi teruja nak tengok lawak si johan ngan si zizan ni... =)

eiy_Da said...

hahah betul
akak i cakap..nk tgk Raja lawak..tapi bukn nk tgk peserta..tapi nk tgk pengacara die yg lg lawak..hahahha

hEaRtQah said...

hehe btl tu..slalu nak tggu abg kassim je bwk kete pon2 bunyi nye..hehe

F I T said...

@Aini a'ah tapi idlan dgn alex bleh tahan a..:)

@eiy_Da haha pengacara memang kelakar gila a..takleh kata pa dah :P

@hEaRtQah haha milah tak undi abang kassim terus dok bottom 3..kesian abang kassim pon pon..

jemmy76 said...

eh jgn la rehatkan raja lawak 5. nnti x dpt tgk dh aksi lawak pengacaranya tak lain tak bkn si zizan dgn johan hehehehe...

Kancilbiru said...

yer setuju...rest dulu kasik pelawak asah otak.. nabil dulu masa dlm RJ pun lawak gila..skrg dah lawak bodo..aku lagi suka zizan..owh abg jijan...

F I T said...

@jemmy76 raja lawak cam tak menyengat a..kena bagi cuti jap..rasanya patut bagi Johan dgn Zizan jadi pengacara AF hahaha lagi meriah!

@Kancilbiru haha zizan memang sempoi a...dia serba boleh... ^_^

Ah Fatt said...

aku x pernah layan raja lawak
tp johan n zizan tu pernah gak aku tgk diorang mengacara... memang best

F I T said...

@Ah Fatt apsal tak layan raja lawak..boleh kasi senam urat mulut dengan perut tu gelak terbahak-bahak..tak kisah la lawak pengacara atau peserta..janji happy

Eyriqazz said...

tahun ni langsung tak layan raja lawak lagi,,

iedaLUVsham said...

betul kate ko tuh, sape ek jadi juara, tapi aku tota ngan abg kasim, eheheh!!

F I T said...

@Eyriqazz eh sibuk ke?

@iedaLUVsham haha abang Kassim PON PON kesayangan Milah...

-ROCKprincess- said...

true2...
zizan gak yg best...
nabil best gak...
huhu...

F I T said...

@-ROCKprincess- haha ye aura kekelakaran diorang lagi power hahaha

Melz said...

pengacara memang terbaik! hahaha aku suka zizan

F I T said...

@Melz haha zizan memang sempoi!

-ROCKprincess- said...

nabil forever...
zizan forever...
haha...

FarhanaDr said...

First choice idlan.. Second goes to kechik.. Heehee.. :)

Betul arr, rindu sgt ngan lawak2 sepah.. Dan juge nyanyian dorang yg sgt best.. Hehehe.. Pape pn, pengacara dia mmg kebaboom.. Suke part yg zizan nyanyi lagu Sekuntum Mawar Merah.. Giler lawak..

F I T said...

@-ROCKprincess- eh johan takde ke??kesian dia dgn Ah Chai hahaha

@FarhanaDr eh kecik best ke?sangkut je lawak diorang.. hehe lain orang lain rasa.. :P

Zura said...

betullah...kurang menyengat RL4 kali nie..pape pun zizan ngan johan mmg lawak...zizan tue mmg selamber je muke dia...

F I T said...

@Zura

a'ah johan dgn zizan je best nak tgk hehehe

fiza said...

Tak tgk pon raja lawak, sbb kat umah tak der ASTRO...ahaks...

~ ReD ~ said...

aah laa... pengacara lagi kelakar dari peserta..huhu

F I T said...

@fiza owh takpe la takde..tapi pasang a nanti..tak rugi..promote ni..promote tak berbayar hehe

@~ ReD ~ yup pengacara sempoi selalu :)

deus X machina said...

aku ada 2 kali gak tengok raja lawak
tak ada la teruk sangat
ok apa
paling aku suka alex....
leh tahan la lawak die

F I T said...

@deus X machina a'ah peserta yg mnyerlah sekarang ni bagi aku lah just Idlan, Alex dengan Mamu..tapi sayang gak wili terkeluar..diorang kelakar gak...yg lain tu macam tak berapa a :P

sweet.ants said...

i love u zizannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

F I T said...

@sweet.ants
erkk zizan je ke? hehe

Anonymous said...

yg pastinya yus raja lawak 1 tak tenggelam mcm idlan...

Post a Comment