Iklan Khidmat Komuniti Malaysia Fitrihadi!


_
*Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM

Wednesday, February 10, 2010

Rumah Paris Hilton Dirompak! Korang? Ikut Tips Balik Kampung Ni!



Baru-baru ini keluar berita pasal rumah Paris Hilton kena rompak. Yang lagi sengalnya, boleh lak Paris Hilton ni tinggalkan kunci rumah dia bawah alas kaki depan pintu tu. Itu cara lapuk a. Siapa-siapa pun tahu. Lepas tu boleh pulak dalam rumah tu, si Paris Hilton ni tabur beribu keping wang kertas USD. Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM5.2 juta. Woo langkah kanan a pencuri tu semua. Adoi kurang bijak a minah Paris Hilton ni.

Apapun, lepas ni rakyat Malaysia akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Yang bukan Chinese pun mesti cuti jugak. Jadi masing-masing nak balik kampung. Al-maklumlah dah sebulan lebih tak jenguk mak dan ayah kat kampung.

Rumah korang camna? Korang nak tinggal gitu je macam Paris Hilton? Oh boleh je. Lepas tu keluar tajuk depan Metro "Adik Beradik 'Paris Hilton' di rompak di Malaysia!".

Jadi, bawah ni fit senaraikan apa yang perlu korang buat sebelum tinggalkan rumah. Penting ni untuk elakkan kecurian, pembaziran elektrik dan perkara-perkara yang buruk!

  • Kunci - bawak balik je la. Tak perlu tinggal bawah alas kaki atau bawah pasu atau kat dalam kawasan rumah korang! Nak jadi Paris Hilton buat a.
  • Wang - gi simpan dalam bank je la. Lagi selamat! Kalau korang guna safety box pun tak tentu selamat lagi dalam rumah korang tu. Kalau susah sangat, bagi fit jaga hehe
  • TV dan perkakas lain - OFF – Tanggalkan semua plug dari soket. Jangan off dengan menggunakan remote control. Kalau barang elektrik tu dalam mode stand-by, diorang still guna elektrik lagi.
  • Meter air - Tutup air - Jika perlu, kunci guna lock yang khas untuk kepala paip. Mana tau ada mamat gi buka paip air kat halaman rumah ke. Banjir rumah korang nanti!
  • Aerial TV - Cabut dari soket TV. Jika perlu pasangkan perangkap petir. Kang tak pasal-pasal TV terbakar. Nanti nak tengok Akademi Fantasia 8 pun tak boleh. haha
  • Gas memasak LPG - Tanggalkan kepala gas dari silinder. Asingkan kepala gas dari silinder.
  • Peti ais - OFF – Tanggalkan semua plug dari soket. Kosongkan dan bersihkan. Jika perlu dipasang sepanjang tempoh percutian, adakan pemutus bekalan berasingan. Kalau ada benda dalam freezer tu, punggah je semua bawah balik kampung. Kan bagus share dengan mak dan ayah. Besar pahala tu.
  • Lampu - OFF - Jika perlu gunakan auto timer supaya pencuri berfikir ada orang dalam rumah tu. Dan elakkan lampu bermentol kang melambung bil korang.
  • Kereta - Tanggalkan kepala bateri. Jauhkan bahan mudah bakar dari tempat letak kereta. Takpun bagi sewa kat sapa-sapa. Boleh gak dia tolong jaga.
  • Akuarium - Letakkan pam di atas penutup akuarium sebab jika terbakar pam akan jatuh kedalam air. Jauhkan dari dinding, langsir, dan bahan mudah bakar. Ikan? haha usung je la bawak balik kampung. Tak pun buat kari ke :P
  • Jiran atau polis - Maklumkan kepada jiran atau polis tentang kepulangan korang ke kampung. Berikan no. telefon anda kepada jiran. Jangan bagi kunci rumah. Sekarang ni siapa-siapa pun tak boleh percaya.
  • Kipas (siling/dinding/berdiri) - OFF - Tanggalkan semua plug dari soket. Pastikan tidak berfungsi sebelum keluar. Kalau korang tinggal kipas tu ON, silap-silap ada pocong depan kipas tu sebab dia panas kena bungkus kain.
  • Penghawa dingin - OFF - Tanggalkan semua plug dari soket. Ni pun sama, kalau korang tinggalkan penghawa dingin korang tu ON, jangankan pocong. Toyol, langsuir, galah, raya, pontianak semua berumahtangga kat depan penghawa dingin korang!
  • Peralatan colok, Puntung rokok, Ubat nyamuk, Lilin - Pastikan semua bentuk punca api telah dipadamkan sepenuhnya sebelum meninggalkan rumah. Buang bahan yang telah dibakar ke tempat yang selamat. Pandai-pandai korang la.
  • Suis utama - OFF - Kalau korang dah habis malas sangat nak buat semua tu, tutup je suis utama. Habis cerita!

Dah periksa semua tu? Ok korang boleh blah. Eh tak, korang boleh bertolak ke kampung. Dan korang tak kiralah yang duduk depan atau belakang kereta, sila pakai tali pinggang keledar! Rancang perjalanan. Memandu dengan selamat. Selamat bercuti!


Iklan komuniti Malaysia ini dibawakan khas untuk korang oleh FITRIHADI!


P/shy guy: Boss, nak ang pow.

P/s: Ang pow? Ang pow takde. Penampau ada a.



[ Please drop your BUZZ because the silence is killing me softly. ]

28 BUZZ!!!:

*~ eLiEnZ 87 ~* said...

tips mantap!! muahahahha

F I T said...

@*~ eLiEnZ 87 ~* haha mantap ke? :p

Kancilbiru said...

paris tu mmg beauty without brain...aku ni tak dak sebrain mana tp lagi brain daripada dia kot..hehehe

F I T said...

@Kancilbiru hehe ye la..otak dia tercicir tengah jalan kot..

Hazzy Ishak said...

tu dia...segala mak nenek tipss

peti ais tu macam tak setuju jek nak offkan...iyelah..byk ooo brg2 dalam tu plus ku balik nek bas...cmne nak angkut suma masuk bas...haha

F I T said...

@Hazzy Ishak haha mak nenek dinosour punya tips ni.. peti ais tu biar je la kalau tanak off kan...ok je.. :)

Hazzy Ishak said...

yay yay yayyyyy...
selamat blik kg fitt...

F I T said...

@Hazzy Ishak saya memang stay kampung dah. tiap-tiap hari balik kampung. hehehe :P

ery said...

perli nampak~
hahaha

F I T said...

@ery hahaha bukan perli..kenyataan :P

~ ReD ~ said...

gila besh tabur duit dalam umah...sekali kena sebat 5 juta ++ melopong saya kalau kena cmtu..ngeh3

ery said...

@fit.. hehehe

hafizmd said...

List yg sgt bagus ni..insyaAllah aku praktikkan nnti..thanks yer..

eiy_Da said...

Tips yg best...hohoho...akan diparktikkn mn2 yg patot..hehhe

nawal said...

waa! tips giler manatap.. ikan wat kari.. itu mmg x leh blah!

Redbloodsnow said...

entahnya si paris tuh. tuh cara zaman tok nek dulu² tuh.hehe

MAYA said...

gud tips..hehe thanks anyway..

F I T said...

@~ ReD ~ haha si Paris Hilton ni buat duit cam kertas tandas kot..bleh je dia tabur wit

@hafizmd heh okay! cegah sebelum terlambat!

@eiy_Da ok! selamat bercuti! :)

@nawal haha hentam sajalah! :P

@Redbloodsnow zaman tok nenek ke otak dia dah macam tok nek?hehehe best lak nak gosip2 orang ni..

@MAYA bagus a dapat jadi panduan..you're welcome :)

remedy said...

terbaek tips ni..aku kalu ada peluang...baik aku curi paris ni buat bini...ha ha...aku diamanahkan jaga 6 buah rumah jiran..apa kes

F I T said...

@remedy haha cuba a curi Paris tu..larat ke nak jaga perempuan yang mahal tu?heh jaga je la 6 buah umah tu..besar pahalanya tu ^_^

cik erin said...

tips yang tiptop.
malangnya sy takda kampung untuk dibalik. -_-

yg akuarium,kipas,aircond segala tu tak tahan.
hahah.

F I T said...

@cik erin owh sama a kita..saya dah stay kampung jadi takde balik kampung a hehe

hahaha tu rekaan je..tapi mesti senang ingat tips tu sebab kelakar! :P

Ah Fatt said...

memang detail ler ko ni

F I T said...

@Ah Fatt haha saja nak rajin skit..kang orang tak paham lak :P

deus X machina said...

nasib baik kampung aku kat shah alam jek
erk888

F I T said...

@deus X machina a'ah dekat je..senang a skit nak tinggal rumah :P

noin said...

kalo da apply sume2 tp kene gak, taktau nk kabo pe g. hihi :P gud tips! =)

F I T said...

takpe..ikhtiar a..cegah dulu, kalau jadi gak tu belakang cerita a..jangan jadi cam Paris Hilton haha :p

Post a Comment