_
*Rasa nak tepuk dahi je bila baca balik blog ni. Adeh..*
Dengan ini di umumkan blog ni dah ditamatkan perkhidmatannya! Jom ke blog baru. Lebih tips, lebih cerita lebih kelakar!
FITRIHADI.COM
-admin

Sunday, March 21, 2010

Sudah berpindah ke FITRIHADI.COM. Jom!


Selamat malam.

Maaf sebab sunyi je blog ni kebelakangan ni. Sebenarnya I'm working on my new blog. Sekarang dah siap. See you there!



Wednesday, March 17, 2010

Tutorial letak icon tergantung

Walaupun mood tak menentu kebelakangan ni (macam PMS je a.k.a Perangai Macam Singa haha), tapi nak update gak. Dan demi melangsaikan hutang soalan-soalan yang ditanya readers sebelum ni. Akan fit punggah segala tips untuk blogspot yang fit guna dalam blog ni.

Ok tutorial ni maybe orang dah bagitau.. tapi just untuk reference for my reader dan sesiapa saja yang berkunjung ke blog ni. Tapi ada rahsia skit pasal coding ni. sebenarnya, Fit tak ambik kat mana-mana blog tutorial ni. The truth is i steal it from REDMUMMY.COM. haha




Let me tell you the secret. Kan korang tengok kat blog redmummy tu ada icon kat sebelah bawah screen tu. Apa yang fit buat hanyalah klik ctrl+u atau tekan kat browser atas tu VIEW->PAGE SOURCE. maka ter'bogel'lah segala coding sesebuah blog tu. dan apa fit buat hanyalah ctrl+f untuk search perkataan yang berkaitan dengan icon tu untuk dapatkan coding icon tu. So dah dapat coding yang fit nak tu. Maaf lah kak red. ye saya mengaku saya mencuri :)

berbalik kepada tips untuk icon tegantung tu, bawah ni coding nya.

<div style="position: fixed; bottom : 0px; left: 0px;"><a href="http://www.google.com" target="_blank" ><img border="0" src="http://www.odierno.com/domercury/Images/google.png" /></a> </div>


Apa korang perlu buat?;
  • perkataan biru adalah keadaan icon korang sama ada fix (tak bergerak dari screen, tergantung) atau absolute (berada di tempat yang sama dalam page).
  • perkataan oren adalah lokasi icon korang sama ada top atau bottom.
  • perkataan kuning adalah lokasi icon korang sama ada left atau right.
  • gantikan perkataan merah tu dengan link social page korang (facebook,twitter).
  • dan perkataaan hijau tu ganti dengan link gambar korang. Make sure korang resize gambar tu kepada paling kecik. Paling afdal 50x50 lah.
  • pastu nak tambah dalam blog, just masuk DASHBOARD-LAYOUT-PAGE ELEMENT-ADD A GADGET-HTML/JAVASCRIPT.
  • then paste je lah coding atas yang telah digantikan dengan yang baru tu ke dalam widget HTML/JAVASCRIPT tu.

dah jadi kan?yang penting pandai-pandai lah korang adjust icon korang tu ikut lokasi yang sesuai. dan paling penting fikirkan reader korang yang guna screen bersaiz kecik :)

happy blogging!

P/s: ada lagi satu hutang iaitu navigation bar yang panjang kat atas tu. yang tu tak perlu lah reveal kat sini sebab fit refer kat blog nescafe ais. Sila ke entry ni!



Friday, March 12, 2010

Take Note Bahawa Web Nuffnang Boleh Dimasukkan Dalam Blog List Korang.

Hi.

Just short note. Siapa-siapa yang belum letak link Nuffnang dalam blog list masing-masing, boleh berbuat demikian jika korang nak letak. Actually Nuffnang ni guna platform wordpress. Jadi boleh je korang nak letak link Nuffnang tu kat blog list korang.



Kalau nak add, just letak link Nuffnang; http://www.nuffnang.com.my dah siap! Ini just reminder untuk siapa-siapa yang belum tahu. Yang dah tahu tu abaikan je ok. Lepas ni kot la ada update terbaru dari Nuffnang, cepat sikit korang tahu dari blog list korang. ok tu je.

Chill! :)


P/s: Alamak. Nak angkat kain hujan lah. Jemuran dah turun!



Wednesday, March 10, 2010

Tips Buat Freshie Nuffnanger! Jom Muhasabah Survey Nuffnang Korang!

Assalamualaikum! dan salam sejahtera untuk yang bukan Islam.. Cewah teringat masa jadi Penolong Ketua Pengawas dulu-dulu kena jadi MC perhimpunan :P

Ok kali fit nak share tips bagi yang baru daftar Nuffnang. Sebenarnya dah banyak entry yang cerita pasal update survey Nuffnang ni. Tapi sebab masih ada lagi yang tanya, so fit pun nak buat entry ni. Khas dari pengalaman fit sendiri. dan kalau fit lupa boleh lah refer balik kat blog fit ni.



Acap kali (dah lama tak sebut perkataan 'acap' tu) bila dah daftar dengan Nuffnang, masing-masing tertanya-tanya apa nak buat. Dulu fit pun ternganga jap lepas daftar Nuffnang ni. Serius tak tahu nak buat apa. Terbiar gitu je sekejap. Bila dah terbuka sikit minda ni baru [MORE...]



Tuesday, March 9, 2010

Cek Pertama Nuffnang Dah Sampai! Thanks Nuffnang Dan Encik Posmen!

Salam.

Pendek je entry kali ni. Entry ni just nak share dengan korang pasal cek nuffnang yang fit cerita dulu tu. Yup dah sampai tengah hari tadi selepas diserahkan oleh encik posmen bermoto EX5 merah (bila lah Pos Malaysia nak tukar pakai Lagenda ke hehe).




maka dengan berbesar lobang hidungnya, saya merasmikan cek nuffnang tersebut dengan disaksikan korang semua hehe. Maybe esok atau lusa akan di tunaikan dan nak guna untuk beli domain dan hosting. baru plan je :)


oh sebelum tidur jom layan lagu ni. Kebelakangan ni suka tengok video minah ni. Agaknya sebab gaya dia comel kot dalam video ni. lesung pipit dia yang agak tinggi tu dan mata yang agak garang dah buatkan muka dia nampak naughty skit tapi still gorgeous. hehe :P




Good night!



P/s: eh pendek ke entry ni? rasa cam panjang je. adoii takleh dengar a perkataan 'panjang' tu.. sebab keputusan contest 'Why I Like It Longer' dah keluar. Chinese je menang. huh!



Sunday, March 7, 2010

I Bought Gaming Mouse Gigabyte GM M6800 Yang Gempak Dan Ekonomikal!

Dah dua hari blog ni sunyi. Takde sapa-sapa miscall pun. haha ok malam ni fit nak share pasal satu gadget ni yang best dan baru fit beli.

Khamis lepas fit gi bayar PTPTN untuk pertama kalinya (perlu ke bagitau korang? heh). Yup sebab tanak a nanti kena blacklist, nak terbang luar negara pun tak boleh. Then lepas bayar tu, terus gi kedai komputer.

Actually, mouse fit yang lama tu dah ketat skit. Tambah-tambah scroll button tu. Nak 'Open New Tab' pun susah. Sebab tu fit cadang nak beli mouse baru. Setelah menjadi tunggul dalam kedai komputer tersebut selama setengah jam, fit angkat Gaming Mouse yang super cool ni!


Gaming Mouse ni dari Gigabyte jenis GM M6800. Pergh siap gitau detail lagi. Bukan pe nanti senang korang nak google. Mana tau kot-kot korang nak angkat mouse baru boleh cari mouse ni. Fit dah lama teringin nak guna gaming mouse macam Gigabyte GM M6800 ni sebab ada banyak kelebihannya. Antaranya;

  • Yang penting selesa - ada rubber grip, bentuk mouse ikut kontur tangan yang paling selesa dan rilex.
  • Ada button yang lebih dari biasa. Tambahan 2 button di kiri mouse untuk back dan forward. Sesuai untuk kaki tenet yang ketagih nak browsing web. Memang menyenangkan sangat!
  • Mouse Gigabyte GM M6800 ada button adjustable dpi button kat tengah-tengah tu sekali dengan scroll button. Fungsinya untuk tukar sama ada nak guna dpi 800 @ 1600. Canggih kan?
  • Pastu ada dual lens untuk lebih ketepatan. Memang sesuai untuk kaki gamer dan juga budak grafik macam fit.
  • Yang best bila dpi tinggi takde la lenguh tangan sangat kena gerak jauh-jauh. Senang nak buat keja-keja grafik ni. haha I like (macam mak nyah rempit lak)
Secara keseluruhannya mouse ni memang selesa lah. Jadi, fit galakkan sangat korang beli mouse macam ni. Kiranya gaming mouse la sebab nanti takde la lenguh tangan ke sengal tangan ke.

Eh harga. Lupa nak gitau. Mouse Gigabyte GM M6800 ni takde la mahal macam gaming mouse dari Razer. Sesuai untuk korang yang nak save budget. Harganya bawah RM100 je.

Harga yang fit bayar untuk Mouse Gigabyte GM M6800 ni fit nak korang teka. Siapa yang jawab paling tepat dan pantas dapat

TOPAP RM5!

*Updated!

So Pemenangnya teka harga ni adalah cik MyaFiza. Tahniah! Topap on the way hehe

Ok Harga yang fit bayar untuk Mouse Gigabyte GM M6800 adalah RM49.00 je lepas tawar menawar dengan tokey kedai. Nasib baik dia tak kata 'No Diskaun' hehe

Harga barang lain terpaksa di kaburkan untuk menjaga sensitiviti kulit korang. heh Actually yang lain tu barang untuk hadiah contest lepas ni. Tunggu..



Friday, March 5, 2010

Best Bits of Project Alpha Season 1

Apabila korang menjadi seorang blogger, apakah yang menjadi panduan korang? Siapakah guru atau sifu korang dalam menbentuk korang menjadi blogger yang berjaya?




Kalau korang takde jawapannya, di sini ada jawapannya. Jom ikuti perkembangan Project Alpha musim ke 2 ni. Ye sekarang Nuffnang tampil dengan Project Alpha Season 2!

Disebabkan sambutan yang menggalakkan dan kehadiran ramai blogger-blogger baru, maka terbuktilah bahawa Project Alpha ini sangat-sangat diperlukan pada masa sekarang supaya dapat menjadi panduan dan inspirasi kepada ramai freshie-freshie blogger di alam maya ni!

Dalam Project Alpha musim pertama, ada 7 top blogger yang di'terjah' antaranya;

dan yang paling sweet pasal Project Alpha season 1 ni adalah dapat tengok Jojo Struys pakai tudung. hehehe abangnara pun boleh tahan kena terjah sebab masing-masing ingatkan pemilik beautifulnara.com tu seorang wanita. Rupa-rupanya lelaki. Masing-masing terkena!

Dari Project Alpha musim pertama, banyak faedah dan ilmu yang korang boleh dapat situ. Jadi, apa kelebihannya Project Alpha ni?;
  • Belajar tips-tips dan cara top blogger menjadi blogger yang berjaya. Memang amat berguna untuk freshie-freshie blogger sebab banyak yang dapat dipelajari dari sini
  • Mencungkil kehidupan peribadi top blogger. mesti ramai nak tahu sebab di alam maya ni walaupun tanpa sempadan tapi still ada benda yang tersembunyi. hehe
  • temubual bersama blogger yang lebih santai dan happening. dapat gak jadi inspirasi untuk berblogging dan merehatkan minda.
  • dan macam-macam lagilah rahsia-rahsia dalam dunia blog yang dibongkarkan dalam Project Alpha ni..
yang penting korang kena ikut perkembangan Project Alpha ni. Rugi kalau tak follow! oh korang boleh add FaceBook Project Alpha ni jika belum! Klik je badge bawah ni!


Oh lagi satu sebab korang kena follow Project Alpha ni adalah kerana banyak hadiah-hadiah yang menarik untuk dimenangi! Stay tuned!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS



Tuesday, March 2, 2010

Tahukah Korang Yamaha Akan Mengeluarkan Model Motosikal Yamaha Lagenda Generasi Baru Yang Lebih Gempak Dari Linkin' Park!

Hi korang. Ni berita BAIK PUNYA untuk peminat-peminat motosikal. Fit ada berita baru untuk korang. Disebabkan fit pengguna motosikal Yamaha Lagenda ZR, jadi perlu rasanya berkongsi berita ni. Untuk pengetahuan korang, Yamaha tak lama lagi maybe dalam bulan Mei nanti akan keluarkan lagi satu motosikal yang canggih lagi manggih.


Bentuk yang lebih canggih serta enjin lebih berkuasa sikit dari biasa.

Tapi bukanlah motosikal jenis yang baru ataupun superbike. Cuma kali ini Yamaha mengeluarkan motosikal Yamaha Lagenda generasi baru. Dalam entry fit tentang Yamaha Lagenda ZR kepunyaan fit tu, fit ada nyatakan angan-angan bahawa Yamaha akan keluarkan lagi satu versi terbaru Yamaha Lagenda.Nampaknya, angan-angan tu akan menjadi kenyataan.


Pamphlet Yamaha Jupiter Z untuk pasaran Indonesia!

Apa-apa pun Yamaha Lagenda generasi baru ni mempunyai bentuk yang lebih gempak mengalahkan Linkin' Park, setaraf dengan bentuk motosikal Yamaha LC yang di adaptasi ala-ala superbike. Kali ini memang berbeza dari motosikal Yamaha Lagenda Z mahupun ZR yang terdahulu.


Kedudukan lampu yang berlainan dari Yamaha Lagenda terdahulu!

Fyi, kat Indonesia dah dikeluarkan pun motosikal Yamaha Lagenda generasi baru ni dan dipanggil Yamaha Jupiter Z (sebelum ni pun sama je la nama tu untuk versi lama). Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, motosikal Yamaha Lagenda generasi baru ni dah dibawa masuk sebanyak 20 biji untuk ditambah baik dan di testing di atas jalan raya Malaysia. Dengar kata, diorang still mencari jalan untuk atasi masalah gegaran dan kelajuan motosikal tu.


Pandangan dekat lampu di bahagian dada fairing!

Perubahan bentuk yang jelas dan nyata dari kaca mata fit adalah bentuk headlampnya yang baru. Lampu tambahan dan lampu signal berada di dada fairing depan motosikal tersebut Seperti Yamaha LC135. Selain itu, fairing Yamaha Lagenda generasi baru ini turut bersambung dibawah juga seperi Yamaha LC135.


Pamphlet Yamaha Jupiter Z untuk pasaran Indonesia

Dari segi warna pula akan ada empat warna pilihan iaitu merah, hitam, biru dan perak gelap! Perghh . Ini yang tak sabar-sabar nak tengok dengan mata kepala sendiri ni. Selain itu, motosikal Yamaha Lagenda generasi baru ini masih lagi menggunakan dual shock/double absorber di bahagian belakang.


Bentuk yang lebih aerodinamik!

Enjin untuk motosikal Yamaha Lagenda generasi baru ni dipertingkatkan kepada 115cc. Jadi ada peningkatan kuasa untuk lebih penjimatan minyak berbanding enjin lama motosikal Yamaha Lagenda iaitu hanya 110cc je.


Headlamp dan meter yang baru dan unik!

Nama untuk motosikal Yamaha Lagenda terbaru ini mungkin masih sama iaitu Yamaha Lagenda Z untuk edisi biasa (tanpa Sport Rim) dan Yamaha Lagenda ZR (dengan Sport Rim). Harga? err ntah lah. Tak dapat info lagi. Akan di update nanti!


Bentuk lampu belakang mungkin berubah mengikut pasaran Malaysia!

Apa-apa pun tunggulah sehingga bulan Mei nanti. Pasti tak rugi korang tunggu kalau-kalau lah korang nak angkat motosikal baru. Boleh gak fit pinjam sepam. heh!

Itu je berita yang fit terima. Salam 1Malaysia dari fitrihadi serta kru Fitra Studio cabuk. Majulah Yamaha Lagenda ZR untuk negara! hehe


*Resource: New Yamaha Jupiter Indonesia


P/s: bagi korang smart ke motosikal Yamaha Lagenda generasi baru ni? Siapa nak beli?